Kisah Masa Kecik-Kecik : Kisah Arnab dan Kura-Kura !!

Salam.

Kisah Arnab dengan kura-kura. Siapa yang tak pernah dengar, sila pindah negara sekarang juga. Cerita ni sangat femes masa aku budak-budak. Kalau ada pertandingan bercerita, memang cerita ni sangat sangat banyak kali diceritakan.hoho. Kenapa? Sebab kisah ini banyak memberi pengajaran kepada budak-budak supaya rajin berusaha dalam menuntut ilmu.

Only One Step make us Close to Success!!




Cerita Bermula.
Sang Arnab melihat Sang kura-kura sedang bersiar-siar di Kolam Kejuruteraan UKM. Sangat perlahan sehingga sang arnab berasa sangat menyampah melihat betapa perlahannya kelajuan perjalanan si kura-kura. 

Lalu sang arnab menegur si kura-kura.

" Wei, binatang berkaki empat! Kenapa ko berjalan lembap sangat. Bila mau sampai rumah nie? "

" Takpe. One step by one step. Me, will get home soon "

" Wah! Speaking nampak. Jalan pun lambat, ada hati nak ke negeri orang puteh. wakaka"

" Jangan ko hina aku makhluk putih! Nanti mulut ko dengan ko skali aku humban dalam tasik kejut nie, sekurangnya ilmu aku lagi tinggi dari ngko bro walau aku jalan lembap! Hari-hari aku pergi curi dengar budak budak Kejut ini belajar, bukan main-main lagi diorang. Aku nie nak sangat jadi manusia dan belajar banyak-banyak pasal dunia ni. Tapi aku nie kura-kura aje. Tak mampu arnab!!"

Arnab yang mendengar kata-kata kura-kura itu terharu dengan mata berair berkata,

" Takpe arnab, nanti aku buat satu kereta untuk ko, ko naik aku tarik! Kita sama-sama pergi belajar yea,"

Cerita Tamat.

Hahaa. Jadi kita sebagai manusia yang dah dipilih sebagai khalifah kat muka bumi nie, rajin-rajin kan la diri mencari ilmu, bukan setakat nak exam semata-mata. Jom cari ilmu!!

Salam.

Ulasan

noor berkata…
btl tu...sabda nabi "tuntutlah ilmu sampai negeri china"..
teringt dulu2 citer monyet degil mkn lada berasap telinga hihihih
zaidi laaa berkata…
best2...hehe
selalu dating kt tasik kejut ke?
Azuan berkata…
zaidi : ha'r...dating ngan kura3..khkh
ardinihumaira berkata…
teringat cerita sangkancil :D
Asmi Asmidar berkata…
haha. . da sampai UKM erk , .
Seri berkata…
good luck 4 ur exam
Qib berkata…
ni da lari giler jauhh ni