Kenangan Zaman Kanak Kanak : Aktiviti Ketika Hujan Membasahi Bumi !!

Salam.

Sudah dua hari tak menulis entri baru. Mesti dah naik boring orang yang masuk blog ni nak tengok entri terbaru. Yela. Masuk first, entri sama. Masuk second, still entri sama. Kali ketiga, dah tak masuk rasanya. hoho. Biasa la tue, sebab aku pun camtue gak..Kalau blog yang lama je tak update, memang aku dah susah nak masuk untuk buat kali berikutnya..  

Okay. Kali nie kita back to the future..suka hati aku je. Kita imbas kembali kenangan zaman hidung berhingus, yang tahu bersuka ria tanpa sempadan jantina mahupun warna kulit. Zaman yang dikenali ramai sebagai zaman kanak kanak ribena. Kenapa ribena yea?? kenapa tak mempelam ke? tembikai ke? anggur ke? konfius aku.hihi

Okay, kita tengok apa yang selalu dibuat ketika waktu hujan ketika zaman kanak kanak. Bila aku sebut kanak kanak, korang mesti bayangkan yang aku nie berusia 5-8 tahun yea. Tak lebih, tak kurang. Takde plus minus one yea. Aktiviti ni tak termasuk aktiviti mandi hujan, yang memang menjadi kewajiban setiap kali hari hujan..hohoo.

Cari Mata Air.
Mata air atau dalam bahasa istilahnya merujuk kepada air yang keluar dari tanah daripada kawasan takungan air bawah tanah. Air ini keluar disebabkan oleh kerana takungan air bawah tanah tidak mampu menahan tekanan dan akhirnya air itu keluar ke permukaan sebagai air artesian atau kita kenali sebagai mata air. Ini jawapan exam kalau soklan tue tanya apa itu mata air yea adik adik.


Janganlah korang terpedaya dengan imiginasi yang 'mata air' pada kampung aku adalah seperti gambar mata air kat atas, kalau air terjun, memang yea. Mata air kat kampung aku memang ada yang jenis macam nie, tapi saiznya sangat kecik, lebih kurang besar penumbuk aku je. Memang best, macam mandi air paip tue
( diingatkan kembali, yang rumah aku masa kanak kanak, memang takde air paip, pkai perigi aje ). Tapi mata air yang selalu jumpa ialah yang keluar dari permukaan tanah, macam air menggelegak tue. Aku suka sangat letak tangan kat situ, rasa macam nak kena sedut masuk dalam tanah pun ada. hehee.

Tangkap anak ikan keli
Ini pun satu lagi favorit aku masa time-time hujan. Korang tahulah disebabkan perubahan angin monsun, musim tengkujuh kat terengganu selalunya berlaku pada bulan 11 dan 12. Kadang-kadang memang teruk sangat, sampai banjir sana sini. Aku setakat ni, masih bernasib baik sebab belum pernah rumah aku dinaiki air. Jadi time-time camnie, memang tak banyak aktiviti nak dibuat. Masuk hutan, tak boleh, hujan lebat! Nak main bola, tak boleh, hujan lebat! Jadi tinggal satu je aktiviti iaitu aktiviti yang kena turut berbasah-basahan iaitu tangkap ikan!


Gambar ikan keli, tapi yang nie besar semacam je. Aku bajet yang nie dah akil baligh. hohoo. Aku tangkap yang anak anak ikan aje. Yang kecik kecik macam ikan laga yang diorang jual kat pasar malam tue. Kecik dan comel je. Letak dalam botol banyak banyak. Cantik woo. Kalau jual pun, aku rasa mesti ada budak bandar yang nak beli. hahaa. Sekarang, aku dah tak suka tangkap ikan pakai la pukat ke, kail ke, pancing ke. Sungguh malas nak tunggu dapat ikan tue, aku tak tahu macam mana kaki pancing dapat bertahan berjam jam lamanya.

Mengaji 
Ini aktiviti paling favorite. Tak hujan ke hujan ke, tetap kena buat. Maklum kalau tak mengaji, pelempang! rotan! dan bagai lagi naik ke badan. Bukan aku la, abang abang aku. Aku anak Bapak..hahaa. Yang nie, masa kecik sangat semangat nak buat, tapi bila dah besar panjang ni. tengok aje la. Dalam hati nak buat, tapi anggota badan tak jugak buat buat. Muhasabahlah banyak banyak. Menaip dekat blog, berfacebook dan bertwitter bukan main sakan lagi yea, nak baca satu ayat pun bukan main liat lagi yea sekarang. Try be better person by day to day tapi lupa dekat panduan utama yang Tuhan bagi kat umat manusia. Kalau masa kecik kecik, sanggup berjalan jauh ke rumah tuk guru nak belajar, bila dah pandai bukan nak amalkan. Manusia memang macam tue, jadi kena selalu ingatkan.

p/s : zaman kanak kanak memang terbaik! Inosen je orang kata. tapi usia dah meningkat, sekarang dah tahu arah tuju dalam hidup, tapi harap harap tak lupa dekat ayat ayat panduan yang Tuhan bagi untuk manusia di muka bumi ini.

p/s : dah lama tak menulis. minta maap la yea entri ni terpenjang pulak. hohoo.
Salam.

Ulasan

~nEeYsA~ berkata…
mse knk2..kalau hujn...senyp2 g men air hujn ngn adek brdek..hikhik
Unknown berkata…
haha...yg last tu yong buat skrg...

hari2 kena p ngaji skali ngn budak2..

wah..nmpk inosen jugak tu! haha
Tanpa Nama berkata…
dh terkezut dh td bila baca aktiviti 1st tu..cari mata air..hehe.ingat kan mata air apa la td :P

Aktiviti Bloggers Yang Mengeratkan Silaturrahim
Seri berkata…
best kalau dapat main hujan. lepas tu kena marah dengan mak sebab tak jaga adik. patutnya tunjukkan contoh yang baik kat adik2, ni ajak sekali adik main hujan

bila dah besar dah tak boleh merasa semua tu
F. berkata…
true !!

rase nak kembali ke zaman kanak2.. ;)
Faarihin berkata…
masa kanak2 memang best.. dapat main tanah liat sambil mandi sungai.. huhuhuhu.. (^__^)
aktiviti terakhir tu sangat meruntun jiwa, ecewah :p
memang rasa nak turn back time je
miss nafira(myeryn) berkata…
sigh..ko wat aku trkenang zaman knk2
sudah 5 hari tak tulis entry baru weh.. :p

selamat menempuh jalan menuju arah tuju dalam hidup.. hihi.. ko anak bapak ke? patut laa.. manjeeeee bebeno.. :p

ok.. nite..