Fesyen Seluar Jeans Koyak! Jalan Pun TerKoyak!

Salam.

Sudah rasa macam lama tak menulis kat sini. Ye la, dua hari duduk berulang alik dari UKM ke IKRAM, IKRAM ke UKM. Mana ada masa mahu menulis nie. Jengah blog orang laen ada la. hehe. Bertuah punya budak. Lagi dua minggu saja lagi tinggal sebelum perbentangan pertama tesis aku. O...bukan tesis tapi latihan ilmiah. Dah makin turun darjat kata prof aku.



Ok..Back to the topic..Hari ini kita akan berbicara mengenai fesyen muda mudi zaman kita. Zaman sekarang la. Fesyen tue namanya aku tak tahu tapi bahasa korang mudah faham ialah seluar jeans rabak a.k.a seluar jeans yang ada koyak sana, koyak sini. Bukan tak sengaja koyak tapi saja mahu tayang bulu paha kat orang lain. Tue pasal masa nak beli tue, pilih yang memang dah koyak. Bukan murah ye..mahu juga cecah ratus ratus. Mesti beli yang branded! Baru ada 'claz' orang kata.


Aduhai fesyen macam orang jalanan mana ntah korang nak ikut. Teruk bebenor! Paling tak boleh terima, ramai pulak yang ikut pakai skali. Macam lembu kena cucuk hidung. Pakai! Lepas tue boleh bangga pulak! Berjalan kesana, kemari. Tayang la satu dunia. "Lihatlah dunia! Lihatlah kepala lututku yang licin berkilat ini!! Macam palat je perangai..


Ada orang kata ini semua fesyen semata-mata. Alasan tak boleh blah!! Yela fesyen. Bila aku ajak pergi solat, kau kata tak boleh sebab tak tutup aurat. Tahu pun tak tutp aurat. Badigol punya manusia. Dah tahu tak tutp aurat. pergi pakai lagi. Macam orang pergi memancing ayam. Tahu dah yang ayam memang takkan dapat kalau dipancing, tapi tetap degil tambah badigol nak pancing jugak....Manusia memang pelik kan??

Bila aku cakap palat/badigol kat atas tue. Memang tuju kat diri sendiri jugak. Sebab aku sendiri pernah pakai seluar jeans rabak nie. Fesyen kan?? ekeke..Tapi bukan aku beli. Abang aku punya <<< Salahkan abang pulak, padahal diri sendiri yang amik seluar tue dan pakai sendiri. Takde mintak tolong mak, akak atau abang tolong sarungkan pun.

Jadi, sama sama kita muhasabah diri dan menjadi lebih baik.  Better late than never kan??

p/s : buat entri nie pun, sebab teringat betapa badigolnya aku masa pakai seluar jeans rabak tue. Nak berjalan pun rasa tak sedap. Rasa macam ada orang perhatikan aje peha cantik aku ni..hahaa
Salam.

Ulasan

Aimi Zainudin berkata…
waaah,,sungguh lantang mengata org..bagus3..

org2 sebegini lah sepatutnya kita mengatakan..heh

~nasib baik ko sempat sedar betapa x patutnya ko pokai seluar koyak tue..bagus2..
Hoh.. Aku tak gemar laki-laki pakai rabak sana sini.. Atau pakai short yang takat lutut tu.. Seram nengok.. Mata sakit.. Haha.. :p

Weh.. Selamat membentang latihan ilmiah ko tu ye.. Jgn pakai suar rabak plak time tu.. Haha..
Unknown berkata…
salam azuan~

ahaks~ xgemar akak ngan pkaian yg mcm nie.. rsa mcm org gila aje..
ardinihumaira berkata…
dni kalo koyak2 terus buang. kalo masih boleh diselamatkan jahit je.. diorang siap wat fesyen lagi. lucu lak hehe
piNky LuCiA berkata…
tetiba aku rasa, ko sangat lah baik hari ni. haha
Tanpa Nama berkata…
hahaha...sakit mata woo tgok org pakai rabak2 cmni..nak kata xde duit nak beli yang banyak kain, x jugak sbb beli suar mahal2.. adeeeiii

Review Filem Magika : Filem Muzikal Yang Menghiburkan
Liliyuli berkata…
ek elehh..dia pernah pakai rupanya.. paaki suar koyak angin manyak masuk..hahaha
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
kira tayang aurat kalo koyak kat lutut dan bagian atas serta belakang nya... nice n3 aku suka
Admin berkata…
Tak pernah lagi rasa pakai suar rabak2 ni .. kalau dah koyak .. gunting paras mana yg koyak .. pastu buat lapik kaki ... :)

hehehehe...
Seri berkata…
nampak aurat lak
IntanBerlian berkata…
hmm mahal2 meh hantar kat aku.aku tolong koyak kan.hoho.
F. berkata…
jeans rabak2 nih not my test laa kan..tp jeans yg season2 colour tu i suker ;D
miss nafira(myeryn) berkata…
rasa mcm mmbazir lak brhabis duit mahal2 smata2 utk bna yg koyak..kn?
mari kita muhasabah diri..weeeee
Unknown berkata…
haha.. xlawa la pakai suar koyak...pmpuan tu ada juga pakai gtu..

isk.
Tanpa Nama berkata…
alah xsalah pon kalo koyok sbb fesyen tapi xlah sampai koyok tgk kulit kaki tu huhuhu