Anime : Angel Beat!

Salam.

Dua hari berturut aku minum air tebu masam. Tak tahu mana silap, walau bukan air tebu aku yang beli. Aku minum kawan aku punya, tapi dua dua masam. Isk3..Sedih betul la. Boikot la air tebu lepas nie. Kat sini ajelah, balik kampung nanti. Togok la banyak3. hohoo Mungkin kena beli pakai duit sendiri kot. Asyik amik orang punya aje..

Angel Beat !!
Dua hari jugak aku habiskan masa tengok anime Angel Beat nie, 13 episod aje. Boleh tahan la cerita nie, walau aksi agak kurang dan penutup macam nak habiskan cepat cepat aje. Yang best pasal anime nie, aku suka lagu dalam cerita nie, orang kata kena selera. Muzik dia pun boleh layan walau sepatah haram pun tak faham hohoo. Jalan cerita pun kira ok la.

Sinopsis :  
Kisah mengenai orang yang dah mati, akan pergi ke satu dunia di mana diorang akan cuba mencapai impian diorang masa di dunia. Bila impian tercapai, diorang akan ghaib atau dihidupkan kembali ( Jangan Korang Percaya Sudah! ). Namun ada satu kumpulan diketuai Yuri cuba untuk melawan sistem nie ( Sebenarnya diorang tak tahu apa apa pun! Just tak nak ikut flow aje.hoho ). Angel pulak sama je macam orang lain tetapi si angel nie bertujuan untuk buat orang capai impian diorang. Matlamat sama tapi disebabkan kesalahfahaman, dua ini mula berlawan antara satu sama lain. Bila seorang mamat ( Atonashi ) sampai ke dunia nie, dia direkrut oleh Yuri tetapi si Atonashi nie jugak turut berkawan dengan Angel. Bila Atonashi tahu, dia cuba untuk ajak ahli kumpulan dia untuk capai impian masing masing.

Cerita nie awal awal memang susah nak faham, tapi bila masuk beberapa episod baru la dapat tangkap jalan cerita. Tapi aksi memang kurang, tue yang tak berapa best tue. Tapi still ada aspek positif yang dapat kita tengok, iaitu second chance untuk capai impian. Setiap orang ada impian tetapi kadang3 ada je masalah nak capai impian, jadi berilah peluang kedua kepada diri sendiri untuk mencapai impian yang kita hajati dari kecik tue. hohoo. Apapun layan aje cerita nie.


salam.

Ulasan

Qib berkata…
aku totap minat gensomaden saiyuki.. hohoho.. =)