Update : Macam Macam Ada

Salam.
Dalam sibuk sibuk, aku sempat lagi layan Detektif Conan beberapa episod. Maklong, favorit anime. Bila la ko nak tamat wahai DC. Dari darjah 6 lagi aku baca komik nie. Tak habis habis. Ada je kes kes bunuh terbaru.haha.

Tadi petang, dalam jam 1 tengahari ( 3 Ogos ) aku pergi bank untuk settlekan urusan cek nuffnang yang aku dah dapat lama. haha. Giler malas nak pergi bank sebelum nie, tapi masa nie bagus jugak, boleh aku tampung bajet sem nie. Takde banyak pun. 200 lebih aje. hoho.

Masa dalam perjalanan ke bank tadi, ada terdengar di radio pasal Fernando Torres yang injured dan tak dapat maen di awal musim. Ape keJadahnya? Naseb baik ko terer giler masa dalam PES. haha. Dapat jugak aku menang!!

Hujung minggu nie, aku terpaksa balik ke Terengganu. Mungkin tak berupdate la blog ini dan tak berjalan jalanlah tuan punya blog ke blog kamu kamu semua. Jadi jangan pelik dan hairan dengan kesunyian serta kesawangan blog buruk nie yea. haha.

Kepada Tuan Blogger Cahaya Yang Riang Gembira, Dr. Farhana. Maafla yea, kemungkinan besar tak dapat nak join pesta makan korang, kalau buat ahad mungkin berpeluang lagi nak join. hihi. Balik UKM semula hari ahad, pesta konvo pun tak sempat nak rasa agaknya.

Macam macam dah ada. Selamat Malam dan Selamat Beramal.
Salam.

Ulasan

Ann berkata…
lama betul layan komic DC, aku baru layan start f5
takpe.. bahagian ko, aku tolong makan.. jangan risau ye.. aku nak pi pesta konvo ukm ni, ko nak pape tak? hehe..

balik ganu leklok dak kecik.. selamat pegi selamat pulang..
Qib berkata…
ckp cakap sal nuffnang.. jeles i