Salam.
Jam 5 pagi. Gigih bangun sahur. hihi.
Baru baru nie terdengar seorang uztaz memberitahu yang ramai rakyat jelata sekarang iaitu umat Islam lupa nak bersahur. Kebanyakkan yang ada cuma makan malam dan bukannya bersahur. Katanya lagi, sahur ini membezakan puasa kita dengan puasa ahli ahli kitab iaitu golongan/umat yang menerima kitab sebelum turunnya kitab Al-Quran. Jadi cubalah untuk sahur sebolehnya. Lagipun ini adalah suruhan Nabi kita, sedangkan apa yang ayah emak cikgu prof suruh kita boleh aje ikut. Takkan suruhan Nabi tak boleh pulak.huhuu..
Sempena bulan puasa nie, Mahu ucap Selamat Berpuasa la kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga hidup kita dirahmatinya dan jangan lupa untuk banyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini.
p/s : entri ini buat malam tadi tapi saje mahu publish waktu sahur.
p/s : dah cukup baca blog, pergi baca Al Quran pulak hehe.
Ulasan
Latest entry. Mai la singgah.
Apa menu sahur anda?
Review Filem Salt
Apabila Ramadhan Menjelma