Isu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS)

Salam.

Update blog macam sudah jadi kebiasaan tapi ada blogger yang ada blognya tak berupdate mana. Blog aku nie paling kurang sekali sehari. Kalau tak update, bukan sebab malas tapi sebab takde line internet. hoho. Kalau takde idea nak update blog. Boleh baca sini :





Tadi terbaca satu berita semasa tengah duk asyik tengok orang bertwitter. Banyak maklumat dapat dari twitter. Sila add aku di Twitter yea. Seorang pengetua Sekolah Menengah di Kedah telah ditukar ke sekolah lain gara gara ucapan berbaur perkauaman yang dibuat oleh beliau. Tarikh pertukaran ialah pada 1 September akan datang. 
Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. Tindakan itu mendapat respos segera daripada partai politik - MCA dan Gerakan - yang mahu tindakan diambil terhadap pengetua berkenaan termasuk menukarkan ke tempat lain.
Sumber berita : MalaysiaKini

Isu perkauman memang tak pernah padam dari sejarah negara Malaysia. Ada sahaja masalah yang timbul lagi lagi bila sekarang banyak medium boleh digunakan bagi menyemarakkan semangat perkauman antara kaum yang berlainan. Tengok sahaja di FB, ada saje orang orang yang cuba mengutuk kaum lain. Memang tak pernah nak sedar.
p/s : negara dah nak 53 tahun merdeka. Masalah perkauman memang takkan habis3 gamaknya. hoho. Salam.

Ulasan

kawie2020 berkata…
bila melayu komen akan dikenakan tindakan tetapi bila kaum2 lain seperti cina, india dan sebagainya memberi komen rasis tidak dikenakan tindakan...

mungkin ramai dah lupa dengan namewee, hindraf, dan sebagainya...

maklumlah jaguh kampung... hanya berani dan tunjuk kuat dengan org kampung sahaja
PuanPepel berkata…
sebab kita da macam menumpang di negara sendiri..macam mana isu nak abes..