Menaikkan Semangat Kemerdekaan !!

Salam.
Salam Kemerdekaan dan Salam Satu Malaysia.

Kat bawah nie merupakan himpunan kata kata perdana menteri yang pernah dan sedang memerintah negara kita. Bukan pe, bila pikir balik apa yang diorang maksudkan memang memberi seribu satu makna. Aku sangat salute sama mereka semua, bukan mudah nak pimpin orang, inikan pulak satu negara. Aku tak sanggup woo. Sape sanggup, cepat cepat la calonkan diri PR akan dtang. hoho.  

"Mempertahankan keselamatan negara bukanlah sahaja terhad kepada berjuang di barisan depan ataupun menjadi pengawal kampung dan bandar. Mempertahankan negara juga bermakna lebih giat lagi menambahkan hasil pengeluaran untuk menguatkan ekonomi negara."  Perdana Menteri Pertama.

“Kita memikir apakah sumbangan yang patut kita beri kepada negara dan janganlah kita semata-mata memikirkan apa faedah kita patut dapat daripada kerajaan dan negara”. Perdana Menteri Kedua.

“Kuasa yang diberikan kepada kita bukan untuk digunakan terhadap orang lain, bukan untuk memperbaiki kedudukan kita sendiri, bukan juga untuk memperkayakan diri kita”. Perdana Menteri Ketiga

“Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan pada zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing”. Perdana Menteri Ke-empat.

“Ummah dan negara tidak dapat dibangunkan melalui pidato dan retorik, janji dan slogan, jauh sekali aktiviti demonstrasi dan perbuatan huru-hara di jalan raya”.
Perdana Menteri Kelima.

“ Tiada guna jika negara mempunyai ramai cerdik pandai, hasil bumi yang banyak dan memiliki teknologi tinggi jika tidak berpaksikan pada kesatuan dan perpaduan”. Perdana Menteri Ke-enam.

Sumber : KAKBA.BLOGSPOT

Kita sudah ada enam orang Perdana Menteri, silih berganti. Negara masih aman dan damai dan diharapkan kemerdekaan negara kita berterusan sehingga ke akhirnya. Amat sukar untuk kita mendapatkan kemerdekaan dan mempertahankannya hingga sekarang. Jangan kerana kepentingan diri, negara terjual tergadai.

Salam.

Ulasan

zulkbo berkata…
Salam Kemerdekaan negara
kita-53..semoga anda selalu sihat
untuk menikmati dan menghayati
makna kemerdekaan sebenar..
جزاك اللهُ خير