Jimena Navarrete - Miss Universe 2010 : Aurat Perempuan??

Salam.


Gambar menunjukan detik kemenangan Jimena Navarrate sebagai Miss Universe 2010. Pertandingan yang menguji kepandaian dan kepetahan serta kecantikan tubuh badan. Kenapa lelaki suka tengok Miss universe? Sebab pada pandangan mata lelaki, 70% akan membangkitkan syahwat. Lelaki itu kuat berimiginasi, kalau tak percaya? Tanya aje mana mana lelaki normal. Jangan tanya yang separuh atau betul betul tak normal ekeke.



Kenapa Perempuan Pulak Kena Tutup Aurat? Aku terbaca satu kisah di blog Zahiruddin Zabidi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui.

Dua Orang Sahabat Perempuan. Seorang Islam seorang lagi Bukan Islam. Mereka berdua pergi berjumpa dengan seorang ustaz kerana rakan bukan Islam itu tidak mahu memeluk Islam kerana perlu bertudung.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur.

Ingatlah wanita sesungguhnya Allah itu menyangi hambanya. Mungkin kita terlalai, alpa dengan dunia sehingga kita lupa kewajipan kita sebagai hambaNya. Masih banyak waktu dan kesemptan untuk kita sama sama berubah menjadi muslim yang sejati.

Semakin hari, hidup makin matang. Harap keimanan kita pun semakin matang. Salam dan Selamat berpuasa.

Ulasan

Nazz@Purple berkata…
perkongsian yg menarik
Liliyuli berkata…
saya pernah bertanya kepada ayah saya.."kaklong mana cantik, pakai tudung atau tak?. ayah jawab, "pakai tudung la cantik, cantik anak ayah ni pakai tudung".

sejak itu, saya terus pakai tudung. bukan kejap pakai kejap buka..kehkehkeh!

p/s: sebenarnya ayah marah saya tak pakai tudung..hehehe.
piNky LuCiA berkata…
terasa sebak apabila membaca penerangan ustaz tu..

betapa berharga nya nilai seorang wanita.. hehe

alhamdullillah..
farhan asyraf berkata…
yaAllah. bagusnya entri ni.
nak kena sebarkan ni.
hehe
Sharinginfoz berkata…
thanks for sharing
Tanpa Nama berkata…
suka dengan analogi tersebut
::yNa_puRple:: berkata…
renung2kan dn slmt beramal...
eiymnajmie berkata…
bayangkan kalau kite yg laki ni kawin ngan pompuan yg x tutup aurat, pastu org ramai dh jamah tubuh badan diye (maksud jamah tue tgk..heheh), jd xde ape dh special psl pompuan tu yg kite je tau coz sume org dh tau psl cmne bentk #$$ dye, bentuk &^% dye..jd, keismpulanyye, kawinla ngan pompuan yg menutup aurat dna menjaga auratnye..
Solehah berkata…
bijak jawapan ustaz tu. sangat mendalam dan berhikmah. memang islam sangat melindungi para wanita. jadi setiap suruhan pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.