Drama Jepun : Untouchable : Lakonan NAKAMA YUKIE !!

Salam.

Hujung minggu yang lepas, aku habiskan satu drama jepun hoho. Apa punya perangai le!! Minggu nie ada 2 mid-term dan satu presentation. Buat macam takde kerja je kot. Boleh pulak habiskan satu drama 9 episod nie. Ada orang suruh tengok wonderful life, tapi tak jumpa pulak link nak download, jadi layan aje la. Agak best jugak citer UNTOUCHABLE nie. Pelakon utama tak payah cakap la, ramai kenal kot. Pelakon Gokusen!!

Nakama Yukie. Pelakon utama Untouchable.
Sinopsis : Narumi Ryoko ( Nakama Yukie ) dipecat dari first rate magazine dan mendapat perkerjaan di syarikat third rate magazine dikenali sebagai Untouchable Weekly di mana majalah ini hanya memaparkan gosip gosip artis yang biasa biasa sahaja. Narumi Ryoko seorang yang tak mudah mengalah a.k.a busybody tahap tertinggi dan seorang yang selalu ingin tahu mula mendapat tugasan, dia menyiasat sehingga membawa kepada penemuan yang boleh menagancam nyawa dan orang di sekelilingnya. Sumber utama Narumi ialah seorang yang digelar ANONYMOUS yang mempunyai muslihat tersembunyi.

Citer nie best sebab jalan cerita dia walau tak berapa suspen macam cerita The Triangle tapi masih okay la. Watak watak dalam cerita memang terbaik! Watak utama memang lawak! Lagi lagi bila sebut pasal kahwin hahaa.

Apa yang tak bestnya pasal drama nie ialah macam fokus utama dia mencari siapa sebenarnya si Anonymous tue. Ada je orang yang disyaki dalam setiap episod. Jadi tak berapa best la sebab si ANON tue tak nampak macam ganas pun dalam citer hoho.  Lagi satu penghabisan dia macam tergantung je aku tengok. Mungkin ada sambungan kot.

Cukup la tue yea. Mahu tonton drama nie. Boleh download di sini : Untouchable Mediafire Link
Salam. Selamat Berpuasa. Merdeka!!

Ulasan

~LP Lum~ berkata…
salam azuan~

hehehe... agak lama xkesini.. :)
maaf eik.. teramat bz ngan keje skang nie..

xpenah tgk citer korea ataupun citer jepun kecuali anime aje... :)
FarhanaDr berkata…
Ini kejenye budak kecik ni.. Mentang2 ler budak dekan.. Tak pyah bace buku dah.. Isk3.. :p

All the best lah ye encik untuk segala mid term dan presentation anda..

P/S: Ko boleh geng laa ngan FF, ade chemistry.. Cite2 yg dia layan dia minat, ko pun layan gak.. Huhu..
pudding pie berkata…
citer ni aku masih teragak2 nak donlod ke tak..huhu..last2 donlod k-drama , king of baking pulak..

ade citer jepun lain ko nak suggest tak?
Azuan berkata…
pudding pie :

citer baru3 aku tak tahu mana..tokyo dogs pun kira ok..
pudding pie berkata…
dah donlod citer ni..hehe
seb bek mediafire..laju!

tokyo dogs? oguri tu..
mcm tak masuk jek.. hahaha