SEPANYOL Juara Piala Dunia!! THOMAS MUELLER Penjaring Terbanyak!! DIEGO FORLAN Pemain Terbaik !!

Salam.

Pagi semalam sudah tamat riwayat Piala Dunia 2010. Kita tengok Piala Dunia untuk Perempuan pulak. Buat Kat Jermen kalau tak salah aku hihii.


Juara!!
Sepanyol dengan jaringan Iniesta pada masa tambahan membolehkan diorang menang pada perlawanan pagi semalam seterusnya dinobatkan pasukan terbaik di dunia. Untuk Laporan penuh perlawanan bolehlah korang baca disini. Sepanyol Juara Piala Dunia ( Sila Tekan)

Penjaring Terbanyak Dan Pemain Muda Terbaik!!
Untuk Penjaring terbanyak seperti entri aku semalam yang mengatakan antara David Villa atau Wesley Sneijder. Sebaliknya, dua dua pemain tersebut tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir semalam dan menjadikan Thomas Mueller dari German sebagai penjaring terbanyak sepanjang perlawanan piala dunia berlangsung. Lihat senarai penjaring di sini (Sila tekan). Thomas Mueller jugak dipilih sebagai pemain muda terbaik. Mana tak mudanya, sama umur dengan aku. Baca sikit profil Thomas Mueller nie kat sini.


Pemain Terbaik!!
Sebagai penyokong uruguay dari bermulanya WC, memang aku setuju sangat bila Diego Forlan dipilih sebagai pemain terbaik hahaaa. Sila baca mengenai pemilihan Diego Forlan sebagai pemain terbaik di sini Dah tua tua pun masih lagi pemain terbaik! memang Terbaek le hahaa..Baca sikit profil Diego Forlan kat sini..



p/s : 2014 kita pergi Brasil pulak..Bila la boleh bersorak tuk negara sendiri pulak huhuu...
p/s : sumber banyak dari fifa.com....ekeke

salam.

Ulasan