Penulisan Menggambarkan Keperibadian...

Salam.

Tadi bersemangat tinggi mahu membuat entri tetiba terbantut apabila melihat layout/template aku yang lama hancuss...Apa kejadahnya cuma keluar tulisan bandwith is exceed. Bukan blog aku tapi template lama aku. Jadi aku yang dalam cuak tak cuak menukar terus aku punya layout, nasib baek dah ok..hehee Pakai yang blogger sudah. Yep! Dikuasakan oleh Blogger.



Kalau namanya blogger, mestilah korang kena menulis tidak kira se'coet' sekalipun, kerana pembaca pembaca yang datang semuanya inginkan sesuatu maklumat dari blog korang.

Ada blogger yang boleh tulis panjang-panjang..Mungkin memang cita-citanya nak jadi penulis namun tak kesampaian, jadi dengan menjadi blogger..dia bolehlah meneruskan usahanya sebagai penulis walau bukan untuk sepenuh masa.

Ada blogger yang tulis panjang-panjang....tapi separuh idea sendiri separuh lagi di'adaptasi' dari idea orang lain..Ini perkara biasa sebab ilmu memang untuk dikongsi...Kalau seseorang tue 'copy dan paste' dari blog kamu, bermakna ilmu yang korang cuba sampaikan menarik perhatian...Cuma kepada sesiapa yang suka 'copy and paste' tue sila la bagi kredit kepada empunya tuan badan..kesian penat member fikir nak buat entri tue....

Ada blogger yang tulis cuma se'coet' dua....Blogger macam ini hanya ingin menjadi seorang blogger sementara dan bukan untuk selamanya...bila tiba masanya blogger jenis ini akan mengundurkan diri dari dunia bloggging...Atau blogger ini hanya ingin menarik trafik dengan tajuk tajuk yang kencang dan menambahkan pendapatan Nuffnang, Innity dan sebagainya...

.....................................


Walau apa yang kita tulis, sebenarnya ianya melambangkan perwatakan dan keperibadian kita...

Ada blogger yang tulisanya macam seorang ibu yang sedang bagi nasihat kepada anak anak. Ada blogger yang tulisannya penuh dengan bunga bunga bahasa yang memang sukar ditafsir..Ada blogger yang tulis menggunakan pantun syair sajak dan sebagainya...Ada blogger yang tulis secara serius sampai yang baca pun turut jadi serius..Ada blogger yang tulis sesuatu yang boleh menggembirakan pembaca..Ada blogger yang tulisannya mampu membuat pembaca turut menangis...Ada blogger yang kuat mencarut kat sana sini..Ada blogger yang bergaduh sesama sendiri macam dah kenal lebih 20 tahun....



p/s : mahu jadi bloger tegar..tapi rasanya tak mampu ekeke..
Salam.

Ulasan

Jard The Great berkata…
hehee.. samalah.. ku pon tak mampu jadi blogger tegar
Hilal Azmi berkata…
syukur la dengan situasi skang..itu sahaja yang patut saya katakan.. :P
ceksumolek's berkata…
rasanya sumi dalam kategori mana yer?? hehee..
nur.sa berkata…
kategori pilihan masing-masing.takde sapa mau marah. :) asalkan boleh memberi kebaikan pada pembaca. bg pembaca happy pun okay jg.
RinnAzrinah berkata…
mmg x mampu jd blogger tegar
aku tertanye2 aku blogger yg macam maner? sweet kot.. kan? :p
hasni berkata…
template kt sm la
hehe
hasni berkata…
jadi blogger
lbh baik ada identiti sndri
hepi blogging azuan
Tanpa Nama berkata…
blog jg jadi tmpt utk bkongsi rasa... lebih kpd sebuah diari di alam maya.. nk jd blogger tegar, insya allah akan cuba sedaya upaya.. hehe
Tanpa Nama berkata…
macam2 jenis penulisan ada.. tapi plg maCy suka entry yg tak ada short form. mudah dan friendly dibaca :)
Unknown berkata…
salam azuan~

hehehe.. sy blogger yg menulis kerana rasa atie.. pendapat sy, luahan "kemarahn", kesedihan, kegembiraan dan sebagainya... :)
xmampu gak nak jd blogger tegar... :)
nadnye berkata…
salam azuan,
menulis untuk kepuasan dan kadang2 blog tu dah jadi rojak semua ada,luahan, kenangan, perkongsian,contest dll
Ibu Ammar berkata…
mahu jadi blogger yang biasa2 saja. gaduh2 jauhhkannn
piNky LuCiA berkata…
aku menulis untuk kepuasan sendiri.. tak kesah laa tak de orang nak baca pun. hehehehe
~nEeYsA~ berkata…
blog adlh slh stu tmpt meluah rasa..
hehe...tidak kira menulis pnjg atau pndek..
tpi mmg mnggmbrkn peribdi seseorg..
neeysa juga rsanya x mmpu jdi blogger tegar..heee~