Langkah Pertama Itu Perlu! Jadi Pilih Langkah Yang Terbaik...

Salam.

Hari : jumaat ( 23 Julai )
Jam : 10.30 pagi

Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Berduan di taman sambil makan nasi lemak. Si lelaki bangun sambil memetik gitar di tangan. Menyanyikan lagu 'sampai syurga' Faizal Tahir. Si perempuan tersenyum senyum bagai kera dapat belacan. Macam romantik ekeke.




Hari : Sabtu ( 24 julai )
jam : 10.30 pagi

Seorang pelajar lelaki berpegang tangan dengan seorang pelajar perempuan. Berduan sahaja menuju ke KTM. Si lelaki mengajak si perempuan tengok wayang. Wayang filem tamil, sambil port duduk baik punya. Si perempuan tersenyum senyum. Macam romantik ekeke.


Hari : Ahad ( 25 julai )
jam : 10.30 pagi

Seorang pelajar lelaki menghantar seorang pelajar perempuan di hadapan rumah sewa si perempuan. Si perempuan mengajak si lelaki masuk ke dalam rumah sewa. Si lelaki terima ajakan. Si perempuan tersenyum lagi. Macam romantik ekeke.


Hari : Jumaat ( 23 Julai )
jam : 10.30 pagi

Pelajar perempuan berseorang di taman tanpa pelajar lelaki di sisi. Sudah setahun berlalu. Si perempuan memegang kandungan di perutnya. Terasa diri sehina hina manusia malah lebih hina dari syaitan.


p/s : Setiap tindakan bermula dari langkah pertama! Sekali kita melangkah, amat sukar untuk berpatah semula. Selamat hari jumaat! Selamat beramal.
Salam.

Ulasan

Pinky Pixie berkata…
isk2.. hakikat khdpan seorg remaja yg tpngruh kot..
Qaseh Suhaida berkata…
fikirkan masa depan jgn fikirkan keseronokan yg hanya seketika sahaja.
zhrhtoodem berkata…
romantik mak tik. duduk sorang2 last2 romantik ke? hohohoh
Fitrihadi.com berkata…
kalau dah tak tahan, kahwin je la ubatnya...
N a d i a berkata…
simple entry tapi menarik untuk difikir² kan.
hasni berkata…
setuju
langkah pertama itu sngt penting
hakikat ni berlaku dlm hdup ktjuga sbnrnya
antara sedar atau tdk jak
Unknown berkata…
salam azuan~

hehheeh.. yg pompuan tu bagang, dah tau lelaki tu memang xboleh percaya, yg di ikutkan gak wat pe?? sndiri tangung ar kan?? :)
Qib berkata…
aah.. setuju2.
zamn sekarang, every love story will end up like that..


Adik aku operate.


Kawan sehidup aku, anda bagaimana?
Dy berkata…
hmm..betul tue...
so ble berkaple tue ingt2 la agama..
jgn main redah je...
kelak diri yg merana..sape susah,,
diri jugak...