Laila Asyikin : Dilema Poligami : Sampai Syurga Ku Menunggu

Salam.

Sudah lama tak melayan drama melayu, jadi masuk ke laman web TV3 dan cari cerita terbaru. Drama pilihan bertajuk Laila Asyikin sebab ramai yang kata best. Lagipun heroin dia menawan ekeke. Sekarang dah masuk episod ke 7 tapi aku baru tengok sampai episod ke 5.

Sampai episod 5, memang twist giler jalan cerita. Sampai aku ter eh! eh! Nie apasal kahwin dengan yang nie. Fahrin pulak minat dekat heroin. Si suami pulak dah kahwin dua. Isteri first pulak boleh tak tahu padahal anak dah besar2. Ish3! pendek kata cerita memang setakat nie masih boleh dilayan. Lagu tema pun best bukan main lagi hehe.

Anak anak semua comel3..kalau la anak anak sedara aku comel comel camnie kan bagus..nie tak semua jenis yang brutal brutal..panjat sana, panjat sini...lompat sana, lompat sini..kalau nak jaga depa, mahu berpeluh aku sana sini..hihi



Nie satu jenis lelaki yang pelik dan ajaib..punya la banyak populasi wanita dalam dunia nie..yang isteri orang jugak mahu ditengok, ditiliknya...tak baik amik hak orang lain walau mereka baru je bertunang...bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..


Lelaki nie lagi ajaib...isteri first punyalah lawa, manis , bertudung...dicari jugak yang lain..tapi ada orang kata yang lelaki nie boleh bahagi dia punya rasa sayang tue..kalau perempuan tak boleh..susah nak bahagi bahagi nie..

Bila tengok cerita nie, kesian pulak tengok si Laila kena tipu hidup hidup dengan suami dia. Mana tak naknya...yang jaga anak anak semua dia yang buat..tapi suami kat luar cari lain..Nasib baik dapat madu yang baik jugak..kalau dapat yang pentingkan diri..lagi la susah..


Jom tengok drama Laila Asyikin online di web rasmi TV3...aku download pakai orbit downloder..kalau nak tengok online mahu tak habis habis aku tengok...

lagu tema drama Laila Asyikin : Sampai Syurga

Senarai Pelakon Drama Laila Asyikin

Tengok Online Drama Laila Asyikin

Sinopsis Drama Laila Asyikin


Ulasan

myQza berkata…
aku tak tgk.
adik aku tgk :))

aku tak suka bermadu!
eh! tiba2 lak! ha ha ha
Lelaki nie ajaib? Wah!!! :p
Unknown berkata…
salam azuan~

huhuhu.. tau xpe.. pompuan nie syg n setianya hnya pd 1 aje andai dia benar2 ikhlas syg pd psgannya.. :)
yg lelaki lak, sbb tau dorg blh psg smpai 4, tu yg berlagak.. konon2 nak ikut sunnah nabi.. tapi peliknya, yg itu aje nak ikut sunnah.. yg lelain xde lak... :)
Sham Kamarul berkata…
hi saya tk tau nk kontek awk mcmana...jadi harap awk dpt balas msg ni. Sbb sya brminat nk bubuh ads saya kt blog ni. So nk tau gak syarat2nya..bye
Tanpa Nama berkata…
x suka tgok cerita yg ada poligmi..huhu
tuanblog berkata…
@capone : sila emel ke azuan.1989@y.c
intan berkata…
bencinya kat ostel xde tv!
x dpt nak tngok cter best2!
(maaf..teremosi plak..kekeke)
Tanpa Nama berkata…
nurfathia tue!
pearl apple berkata…
huhu...btol2..aku tgk page anda lar yg aku tertarik gila nk tgk laila asyikin..=) thanks yaa...