Kenangan Kacak Jaga Nak Buah!!

Salam.

Cuti baru ni dapat berita mengujakan. Akhir tahun nie dan awal tahun depan, 4 lagi orang anak saudara akan memunculkan diri. hihi. Rezeki la tue kan. Makin bertambah anak saudara, makin kacak la pak saudara nya. Ini teori yang benar yea. hehe. Sekejap sahaja koleksi anak saudara aku bertambah, sekarang dah ada 10. Tambah 4. Kalu ada yang kembar. mak aihhhhh...mahu abes duit poket macam nie ekeke.

Ingat masa cuti baru nie, aku ditanggungjawab menjaga anak achik aku sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, mahunya aku jaga. Mengadap PS lagi best.hihi. Seorang baru nak masuk satu tahun kot, berjalan pun tak berapa betul lagi. Yang si kakak pulak dalam 4 tahun. Masalahnya dua dua adalah superaktif. Ke sana ke mari. Yang besar aku tak kisah sangat sebab dah besar kan. Yang kecik nie masalahnya, ada saje cara nak keluar rumah.

Cara aku senang. tutup semua jalan keluar hihi. Pintu depan, pintu tepi, pintu dapur dan jalan ke bilik air, semua shut down. Padan muka ko budak kechik..lalala..bapak saudara ko ni memang kacak le. Hihi.

Bila time si kechik nie mau tidur jugak satu hal. Kan senang kalau letak atas bantal terus tidur.. nie tak kalau tak dengar suara nyaring beliau menangis nakkan susu.memang tak sah..nama pun budak kechik kan. Dah lumrah alam macam tue. Buat pulak susu. Okay, budak kechik tidur. Time nie paling nikmat rasanya, tak payah risau risau dah. Tapi yang besar pulak datang buat hal..masa nie la dia nak berkaroeke berdangdut. Masa nie la dia nak menjerit sana memekik sini. Aduhai..makin kacak la bapak saudara korang nie huhuu.

Nama : Anisa Sofea
Nama glamer : Piya
Cita cita : Mahu jadi juara mentor edisi ke-41




nama : mikael
nama glmer : michael
cita cita : angkasawan ke 41 negara



P/s : Baru jaga dua orang..mak aku jaga 9 orang anak..rilex je hehe.

Salam.

Ulasan

Solehah berkata…
kira power la tu dapat jaga walaupun 2 org..
risanur berkata…
itu baru jaga 2 orang...kalu jaga kesemuanye, mmg confirm bertambah2 kacak dan macho la pak sedaranye...
myQza berkata…
4 sekaligus?
wah wah wah!
Miss FarraAqua berkata…
SerOnOk jage anak sedara kan?!
ayOOOO... rindu plak pada fizie.
Ann berkata…
practice b4 kawen..kan...

mantap la jaga 2 skaligus...dh kwen nti mesti lg terer ni
Tanpa Nama berkata…
piya layan dangdut...:D comel
eelobor berkata…
bljr2 jaga....
nur aisya humaira berkata…
wahhh2,syoknye die...4 org sekaligus nk dpt???
sye aritu bru dpt,nex yr plak tambh lgi sorg...bru nk mask 6 org..;)
anak-anak buah ko lagi kacak!! kot.. kan? :p

~ psstt.. deret dari first sampai number 9.. sume komen makwe-makwe.. penangan gune perkataan kacak.. isk3.. :p
baincardin berkata…
HDR is back! Jom layan!!!~ ^_^
baincardin berkata…
HDR is back! Jom layan!!!~ ^_^
baincardin berkata…
HDR is back! Jom layan!!!~ ^_^
baincardin berkata…
HDR is back! Jom layan!!!~ ^_^
Syida Shu berkata…
belum lagi jaga anak sendiri :P
Unknown berkata…
huhuhuh...pndai kaga anak rupanya...