Sayang Anak Tangan TanganKan!!!

Salam.

Jom tengok perancangan setiap negara untuk menjadi johan Piala Dunia 2010. Sangat lawak haha. Jangan lupa jugak untuk menyokong STABILO swing cool...last longer. Klik sini.

..........................................
Ahmad, budak darjah lapan sekolah yang tak siap siap sedang beraksi dengan motor bapaknya. Ahmad nie memang baru lagi belajar motor tetapi aksi dia dah mengalah Velentino Rossi. Ahmad memang suka buat gaya wheelie iaitu gaya menaikkan tayar motor bahagian depan.
macam nie gaya wheelie tue..gambar : sini
Tapi disebabkan Ahmad nie masih tidak berapa mahir lagi, dia hilang keseimbangan dan motor bapaknya tercampak masuk ke parit, nasib baik ahmad cepat melompat dan cedera ringan sahaja.

Ahmad pun pulang ke rumah dengan tangan yang cedera dan mata berair. Anak manja la katakan.

Bapak ahmad yang sedang duduk di beranda rumah masa tue ternampak ahmad dengan tangannya yang luka tue. Bapaknya dengan penuh kasih sayang bertanya,

bapak : kenapa nak?
ahmad : jatuh motor pak. Sakit pak!
bapak : Biar bapak sapukan ubat yea, tunggu kejap sini.

Bapak ahmad cepat cepat masuk ke rumah dan mengambil ubat untuk anaknya Ahmad, Ahmad yang ternampak bapanya mengambil ubat itu, terus memakai seliparnya dan berlari dengan kelajuan maksimum. 
 Bapaknya mengejar di belakang bersenjatakan tali pinggang sambil menyumpah seranah ;
"Kurang hajar punya budak! Motor aku baru 4 bulan je aku bayar!!!"

p/s : sayang anak tangan-tangankan huhuu
Salam.
















Ulasan

Syazana berkata…
haha..lawak2..
Unknown berkata…
salam zuan~

hehehe.. baru tau si ahmad.. igt bapak dia nak tolong ar sapu ubat.. walhal dpt ko ubat paling mujarab... :)
Aku takmo suami cenggitu.. REJECT!!
Tanpa Nama berkata…
itu bukan tangan..tapi tali pinggangkan..kuikuikui
nursarahputeri berkata…
aik, sayang motor lagi dr anak?. huhu

kalau time mengaji kena tangan2 kan tak apa gak. :p
hahha sabau je la..
memang patut ditangan kan tu :D
Frodo Baggins berkata…
keh3x ... sayangkan istri tinggal2kan.
uwaaaaaaaaa ... larik
keh3x ...


>>__<<


sayangkan anak, tali pinggangkan. :)
huhu... tu la ubat paling mujarab untuk si anak yang berani wat whellie ngan motor bapak dia... hihihi
myQza berkata…
ha ha ha ha


macam lipas kudung lari!

tau takut!!
Unknown berkata…
ahaha!nice entry!
Tanpa Nama berkata…
haha cilake!mengalahkan valentino rossi plak tu
pandai ko buat lawak
Nazz@Purple berkata…
ooo ni kisah benar ke..
~fisha~ berkata…
adoi2... tak suke org garang!haha
KABAKOGA berkata…
teruk betol bapak tu,
anak sakit motor pulak dicelarukan..
teruk jugak anak tu,
ada motor dijahanam-jahanamkan..
jadi mana satu teruk ni..?..?
Unknown berkata…
giler lawak...
aku yg sedey pn tergelak...
NiZaM Limited berkata…
haha..nice one..sayang anak patut dilempang2kan..ahaks..