Jarak-Jarak Hubungan Dalam Kehidupan Harus Dijaga!!

Salam.

Banyak Blogger Menulis Mengenai Kapal Rachel Corrie :

Jom Baca Pasal Siapa Dia Rachel Corrie Di Blog Tedi : Kadangkala diam itu lebih baik.

Nie Blog Joe Yang Menunujukkan Penipuan Yahudi Dalam Kes Mavi Marmara kalau aku tak silap.

..............................

Owh semalam Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Selamat Diucapkan. Semoga negara Malaysia dalam keadaan harmoni sentiasa.

............................

Ok. Berbalik kepada topik utama entri ini iaitu jarak-jarak hubungan dalam kehidupan kita yang seterusnya mencorokan personaliti seseorang.

1. Jarak kita dengan teman teman. Kita mungkin tak sedar yang kita makin jauh dari teman teman kita sendiri. Makin malas nak bertegur sapa atau bertanya khabar barang sepatah dua. Jarak kita dengan teman teman makin lama makin jauh sehingga akhirnya kita menjadi seorang yang keseorangan.

2. Jarak hubungan kita dengan keluarga. Kalau masa kecik keluargalah tempat kita berlindung, tempat kita mencari kasih sayang. Tetapi bila dah besar panjang, jarak hubungan antara adik beradik makin jauh, makin tak bertegur sapa, makin tak peduli satu sama lain. Akhirnya, Jadilah kita orang yang kesunyian dan tak punya apa apa.

Mungkin ada di antara kita yang terlupa dan lalai sehingga jarak hubungan ini tidak terjaga. Kalau boleh cubalah sebaik mungkin untuk menjaga hubungan silaturahim persaudaraan ini. Janganlah terlampau mementingkan diri sehingga langsung tidak pedulikan perasaan orang di sekeliling.
You may not have heard me tell you that I love you, but the way i look into your eyes, the way i smile when you pass by, and the way that my heart feels when your are near all speaks of what best describe the love that i feel ~ Byby
P/S : Lahirkan rasa senang kepada mereka di sekeliling kamu supaya hidup kamu lebih bermakna.
Salam.

Ulasan

myQza berkata…
TQ dengan link Rachel Corrie.

Aku semakin jauh dgn teman2 entahlah mula di jauhkan, lama2 aku menjauhkan diri.

:)
makin jauh dengan teman²...die yang menjauhkan diri...macam mana?
Salam geologist.. Ape kabar? Sehat? Dah makan ke? Watpe je? Heehee.. =)

Akan jaga elok2 hubungan dlam kehidupan.. Sbb aku sayang family dan kawan2 aku.. Heeee.. ;)
Unknown berkata…
salam zuan~

huhuhu... sy terlalu bz ngan keje dan teman2 jua bz ngan kehidupan masing2.. so kami amat jauh skang.. hanya sms n email yg menjd penghubung tapi ianya xsma seperti dulu....
Unknown berkata…
ye makin jauh dengn teman bila mereka tiada fesbuk dan bunbun tiada kredit huhuhuuu