My Favourite Sport

Salam.

Macam baru update je tadi. Takpe ramai kot yang nak baca blog aku nie. Perasan giler mamat nie haha.

Peringatan awal : Korang yang rajin, sila ke sini untuk undi ( likes ) entri mana yang korang suka. Yang penting dalam hati korang, korang ingat yang korang mesti 'like' entri aku..wakaka~

Berbalik kepada tajuk entri 'My Favorite Sport' iaitu dalam bahasa melayu membawa maksud sukan kegemaran aku. Sebenarnya aku bukanlah kaki sukan yang setiap petang akan turun ke padang untuk bersukan, mencuba pelbagai jenis permainan! Tetapi keinginan untuk bermain itu ada cuma malas untuk memulakan langkah pertama. Orang kata langkah pertama nie kan pembuka kepada beribu langkah yang lain.

Antara sukan yang aku suka sangat tengok atau 'My Favourite Sport' ialah bola jaring! Sejujur dan seikhlas hati aku, aku tak faham langsung permainan bola jaring tetapi aku suka tengok permainan nie. Bukan sebab perempuan yea! Member lelaki geologi aku pun ada yang main bola jaring nie, aku pun pernah main sekali. Masa sukaneka di kampung aku. Main je la sebab dah tak cukup orang <<< padahal dah lama mengidam nak main haha~~

Adidas memang tak dapat lari sebagai salah satu jenama sukan yang popular.
jangan lupa untuk undi entri ini di sini.


Selain bola jaring, aku suka main boling atau nama popularnya tenpin bowling. Cuma main boling nie tak tahan kena bayar setiap kali nak main. Bayaran pulak ikut tempat! Pernah sekali aku pergi main ke tempat yang amat tak dijaga dan diselenggara dengan baik, bayaran giler murah. 1game RM 1.70 je! Tapi nafsu masa nak main langsung takde, dengan bolanya dengan kasutnya. Boleh mati pucuk kalau asyik main tempat camnie haha~

Kenapa aku suka main boling? Sebab setiap kali aku main mesti dapat pujian tahap tertinggi. Padahal bukan hebat sangat, setakat score 200++ tue biasa sangat dapat <<< Ayat yang bewarna oren ini, merupakan satu penipuan semata-mata, kalau korang nak percaya aku tak tanggung~~

p/s : panjang pulak entri nie, entah aku main bantai je tulis apa ada dalam kepala aku masa nie. Tak boleh lama-lama nak tengok movie belajar pulak~ OK! JANGAN LUPA UNDI ENTRI INI DI SINI.

akhir kata,
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Salam.

Ulasan

Wuit pakcik.. Mane linknya? Di sini tu tapi takde pon linknya diattach.. Hehehe.. Takpe.. Ku dah tekankan LIKE dah.. Hik hik.. ;)

~ Bola jaring??? Peewwiitt..
MyaFiza berkata…
eh..suka main bola jaring jugak. hehe...bagus2x.
Azuan berkata…
Dr : ku dah letak berlambak link tue hahaaa

myafiza : uit! suratan atau kebetulan haha
.::WaNiE::. berkata…
awak 'like' saya, saya 'like' awak

bleh gitu? kekeke

boling..huhu penah main sekali jek. tp suka tengok orang main
hans berkata…
mesti dapat RM50 punya lah
Azuan berkata…
wanie : mana3 je la hahaa

hans : aku tak boleh kot sebab dr.farhana dah dapat hahaa
ilyani berkata…
bola jaring tak pandai.. boling boleh la.. walaupun masuk longkang :D

arrived here from FB page, btw. come check mine

ilyani.net

:)
Nazz@Purple berkata…
cakap je la sukan bola pe..semua nya...nazz tak reti main..:p
Anak Perak berkata…
bro,aku suka usha bola tampar pantai wanita dan renang berirama.haha..
Unknown berkata…
salam dan semuga berjaya..
baincardin berkata…
Jom selamatkan harimau!~ ^_^
Unknown berkata…
salam~

semoga berjaya~ :)