I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Salam.

Project Alpha season 2 yang tengah hangat sekarang ini bakal dilancarkan pada waktu seperti berikut :
Date: 7 April 2010 (Wednesday)
Time: 7.30 pm
Venue: Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara
Sesiapa yang ada masa free tue, pergilah untuk bagi sokongan. Lagipun penaja Project Alpha iaitu Adidas Action 3 akan memberi 150 goodies bag. Korang juga berpeluang untuk berjumpa dengan blogger-blogger yang terpilih untuk menyertai Project Alpha season 2.


Apa yang lebih menarik ialah pencarian untuk season ke-3 Project Alpha telah pun bermula. Kalau korang berminat, bolehlah mencuba. Pasal layak ke tak tue, kemudian je sebab yang buat keputusan adalah di pihak juri. Jadi kalau nasib korang ada, maka terpilihlah korang huhu. Bagaimana nak masuk audition?

Apa yang perlu korang lakukan ialah :

Korang perlu membuat satu video ( 60 saat atau kurang ) menggunakan kreativiti minda korang sendiri untuk menarik perhatian juri. Video tersebut mestilah memberitahu kenapa kamu patut terlibat dengan Project Alpha.

Untuk menghantar video, ikut kaedah yang mudah di bawah :

Step 1: Sertai ruumz dan masuk ke akaun.

Step 2: Sertai Project Alpha ruumz group!

Step 3: Muat turun video

Step 4: Masukkan tajuk dan huraian pendek mengenai video audition tersebut.

Step 5: Untuk meningkatkan lagi video korang untuk terpilih, sila suruh mak, ayah, saudara mara, kawan rapat, kawan tak rapat, orang yang tidak dikenali dan sesiapa sahaja untuk 'LIKE' video korang.

Tengok sayrat-syarat kat sini. T&C here


Apa yang pasti kalau korang terpilih untuk join Project Alpha season 3, mesti popular habis!! Sebab boleh kata semua blogger tahu pasal Project Alpha nie, dan rasanya ramai yang akan check laman web setiap blogger yang terpilih. Di situ kelebihannya!! Macam korang masuk AF la kan, tetiba je jadi glamor haha.

Untuk tahu lebih lanjut korang boleh check laman web ini. http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/

Akhir kata,
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Ulasan

ftrhd berkata…
wah ramai yg buat entry ni..harap dapat la RM20 tu..hehe

just nk gitau yg saya dah pindah ke fitrihadi.com..jadi link 'Shy Guy is blogging' tu dah tak update dah..btw thanks sbb link :)
Asfan Ash berkata…
sejak contest i like it longer aku da malas nak sapot nuff