I Just Love Good Smelling People

Salam.

Aku sukakan sesuatu yang harum. Siapa yang tak? Sedangkan nak solat disunatkan untuk memakai wangi-wangian tapi jangan berlebihan, cukup untuk diri sendiri sahaja. Sebenarnya banyak kaitan antara bau badan dan kehidupan kita nie.

First impression...

First impression bukan sahaja dengan menunjukkan gaya dan peribadi kamu. Bau badan kamu juga menunjukkan personaliti diri kamu. Selalunya, kalau bau badan berbau, kamu mesti seorang yang pengotor. Itu perkara biasa!! jangan salahkan orang lain kalau orang menjauhkan diri. Jadi, sila pastikan yang badan berbau seperti manusia normal jika mahu berjumpa dengan orang lain.

Cinta...

Cinta pun ada kaitan dengan bau badan ke. Aku pun tak tahu. Tapi kalau ikut kajian yang dibuat oleh Universiti Of Chicago, Wanita lebih cenderung jatuh cinta dengan lelaki yang mempunyai bau badan seperti ayah wanita tersebut. Macam pelik je bunyi hasil kajian yang dijalankan. Tapi
lagi pelik bila wanita akan kurang tekanan selepas menghidu bau ketiak lelaki. Ini pulak kajian yang dijalankan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania. Jadi kepada lelaki bujang sila pastikan wangian bau badan ayah teman wanita impian masing-masing dan bagi para suami bagilah isteri anda menghidu bau ketiak anda haha.

Bagi masalah bau badan, bolehlah dikawal dengan menggunakan minyak wangi dan deoderan secara tidak keterlaluan.

Antara deoderan yang boleh dicuba

Bukan Bau Badan Sahaja...

Selain bau badan yang boleh diatasi dengan deoderan dan minyak wangi sebakul, penjagaan bau untuk mulut juga penting. Jangan bau badan boleh dihidu dalam linkungan 100m, tapi bila bercakap, bau macam longkang. Gigi tak pernah gosok kot!!


korang dah gosok gigi?

Ok. Sebelum aku chow. Layan video bangang monyet nie ( Rasanya dah lama kot video nie huhu)



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS


Salam.

Ulasan

akhis berkata…
~euwww
~xske bau busuk org lain
myQza berkata…
tapi kata org,
jika bercinta bau kentut pun jd wangi! :)
mari mencegah bau tidak enak :)
sharamli berkata…
k la..k la..nak g g0s0k gigi la ni
cik husna berkata…
owh..tp ak rs ak busuk sbb brcmpur bau..
sbb ak ak pki deodorent,pki perfume,pki losyen..bau2 tu brcmpur mghsilkn satu bau lg..bau satu lg dh jd bau smcm..bau busuk kot..hehhe..xla..tpu jer..
Nazz@Purple berkata…
Nazz suka bau bedak lelaki..