Edisi : Peminta Sedekah

Salam.

hiasan semata-mata
Terasa mahu menyentuh mengenai perkara ini apabila membaca entri saudari Puding Pie yang menceritakan mengenai seorang mak cik gigi jongang yang cuba untuk meminta wang dengannya sedangkan di leher tersarung rantai emas huhu. Itu memang perkara biasa berlaku terutamanya di stesen bas.

Aku yang selalu naik kenderaan awam ni memang selalu jugak orang mintak duit sebab tak cukup duit nak pergi mana-mana. Kalau aku ada duit, memang aku bagi camtu je tapi time aku tak dok duit memang aku gelengkan aje la.

Selalu juga time aku lepak-lepak kedai mamak, ada orang buta dengan seorang lelaki muda datang minta duit lepas tue bagi tisu tak pun kalendar. Yang buta nie tak le aku kisah sangat, tapi yang muda sihat walafiat tue yang aku heran. Nak kata anak, takkan le sanggup suruh bapak jalan kaki dari kedai ke kedai kot. Jadi kalau kes3 camnie memang jarang le aku nak keluarkan dompet aku nie.

Ini berbalik kepada diri kita sendiri sama ada mahu memberi atau tidak. Tangan yang memberi lebih baik yea adik3!! Mungkin aku tak patut fikir yang bukan-bukan tentang lelaki yang sihat walafiat itu. mungkin dia hanya membantu. Mungkin!!

Selain tu, memang selalu jugak le selepas keluarkan duit, tetiba je ada orang mahu minta wang konon duitnya hilang takpun takde duit nak bayar tambang. First time aku kena nie memang aku bagi, tapi kalau dah asyik sangat aku buat tak layan je. Aku pun bukan banyak sangat duit huhu.

p/s : Perasan tak yang bilangan peminta sedekah nie macam makin bertambah. Pemurah betul rakyat Malaysia <<< aku le tue haha.

Salam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
dsabah ni kbykn yg minta sdekh pndtg dr filipin..huhuhu
ada tnga n kuat lg pun mau minta sedekah..
sharamli berkata…
bang..nak mintak sedekah bang...kesian sy bang...
myQza berkata…
ada orang mohon bantuan dalam masa yang sama ada talian internet di rumah.

boleh pula bayar internet.

ada orang minta sedekah dalam masa yang sama, ada rumah batu tempat berlindung!
SiLv3R berkata…
haha, ayat last, sungguh xleh bla.. :P
mamai berkata…
rakyat malaysia memang pemurah tapi selalunya tidak bertempat
Bnyk aku jumpe gak.. Tapi aku slalu geleng kalau aku tgk yg ala2 kuat dn gagah tu.. Hehe..
Tanpa Nama berkata…
kat blog pun ade beb peminta sedekah !
Qib berkata…
ishh2.
teruk tol.,
ni la.
orang kaya nak kaya,
sedang orang miskin, semakin miskin..
kupas lg isu ini!
sapphire blossom berkata…
aku slalu geleng pale je! bukan kedekut, aku layak dapat zakat gak! hehe.. ada kaitan ke?
N a d i a berkata…
bersedekah pada mereka yg memerlukan saja.
Ada yg buta pon masih pandai cari rezeki main instrumen kat Jalan Tar tu..
baincardin berkata…
thanks for the info! ^_^
ziha berkata…
sye xpernah memberi pd pminta sedekah y duduk kt tepi2 jalan..mmg sy tak layan..
tp klu peminta sedekah tu dtg kat saye mnta baru sy kasi..at least dorang de sikit usaha utk dptkan duit..betul x?
Tanpa Nama berkata…
ade sesetengah dari mereke tu sindiket~
so hati2 la time bermurah ati kasi duet tu yer~
Tanpa Nama berkata…
ramai jugaklah
kat ampang point masa kami lepak2 hari tu memang dapat tgk ramai pemintak sedekah ni
ezzati berkata…
kalo time aku ada duet banyak..mmg aku bagi je..dia nak tipu ke apa ke..biarla dia yg tanggung.. :)
Ibu Ammar berkata…
nak bagi, bagi je, kalau tak nak bagi tak yah buruk sangka..

sesetengah tu, dahla tak bg, buruk sangka plak, macam kejam je kan..heheeee..


wei aku pernah stusk kat seremban takda duit nak wat tambang balik, masa tu aku dah pk nak mintak sedekah dah.. haha, tapi mujur Allah permudahkan, tetiba jumpa kawan sekampus, leh la meminjam duit dia..wakaka. kenangan tak dpt dilupakan..


eh, terpanjang lak komen. maap yer..=p
Anisa berkata…
em
saye lak jenis yg kesian
kalau ade peminta sedekah
mmg saye bg bantuan wang

ntah la..
sedih je tgok diorg
ade yg tade kaki
ade yg baring

smpi wat sy nangis2
apan lee berkata…
uikss.hahaha.ye.rakyat msia memang pemurah.kakaka.
Nazz@Purple berkata…
Erm..kalo tak bagi..cam kesian xsmpai ati lak..tp bkn sorang..ramai lak tu..

xpe la..niat je..kalo betulla org tu memerlukan duit..smoga pemberian kite walau sikit dpt membantu..kalo dia niat xbaik..dia tipu..sebenarnya kaya..smoga dia diberi petunjuk oleh Allah..dan mudahan2 pemberian kite dt pahala dr Allah..
joegrimjow berkata…
bek sdekah kat masjid