Polo Air

Salam..

Beberapa hari di Port Dickson dihabiskan aku dengan berada di dalam air. Ibarat manusia yang tidak pernah berjumpa air! Menyelam je kerja. Aku tidak berapa menggemari air laut kerana masin! aku lebih suka untuk mandi sungai atau kolam. Jadi di PD ini banyak masa dihabiskan di kolam renang.

Semasa di kolam renang, kami budak-budak lelaki suka sangat bermain polo air iaitu satu permainan yang hanya boleh dibuat di dalam air. Jika di buat di darat ianya akan digelar polo darat. Permainan kami agak ganas kerana bermain ala3 kampung!! Tiada peraturan ditetapkan yang penting kami seronok bermain.

Gol pon hanya dibuat dengan menggunakan selipar. Jika bola menyentuh selipar tersebut, maka akan dikira sebagai satu gol. Jadi cara bermain adalah dengan 'pass' bola kepada ahli pasukan dengan tujuan menjaringkan gol. Kamu boleh menggunakan apa cara sekalipun seperti tolak, sepak manja, main 'body', dan macam-macam cara yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata haha.

ini permainan yang sepatutnya!!



Best sangat permainan ini tapi dinasihatkan untuk bermain mengikut jantina sebab amat berbahaya jika bermain antara bukan muhrim. Sapa3 nak cuba jom!! hehe.

notakaki : Banyak betul bendera parti politik kat PD baru3 nie..kenapa yea huhu. aku masih di bawah umur a.k.a suci murni lagi yea haha.

salam.