Perempuan Oh Perempuan..


Salam..



Perempuan memang sudah menjadi lumrah untuk menjadi pasangan lelaki dalam hidup ini. Ke ada yang perempuan nak jadi pasangan perempuan gak.erk!!! Jadi aku nak kongsi la sikit sikap perempuan yang lelaki tak suka hasil perbualan aku dengan kawan-kawan aku. Perbualan ini terpaksa ditapis dan dianalisis dahulu kerana mengandungi unsur-unsur yang tidak sepatutnya haha..

1) Sikap 'aku lah diva'
Konon-konon dialah yang paling cantik, menarik, cerdik,boleh kata dia paling da boom antara perempuan yang ada kat dalam dunia nie. Semua dia hebatlah padahal cakap je lebih buatnya tidak. Cantik pon setakat mekap 4 jam buat apa!!

2) Sikap macam lelaki
Sifat ni memang betul-betul tak patut ada pada seorang perempuan, boleh kata takde sifat malu dalam diri. Mencarut kuat3 kat depan orang ramai, terjerit sana terjerit sini. Bukan nak kata la tapi dah macam kera dapat bunga dah aku tengok! (betul ke tak peribahasa aku nie). Ada jugak perempuan yang badan tough3. nak muntah aku tengok!!

3) Sikap Materialistik
Rasenya yang nie tak payah terang pon takpe. Lelaki dengan perempuan dua3 tak suka sikap pasangan macam nie kan?? Ke ada yang berminat hehe!!

4) Sikap kuat menipu
Yang nie pon sama macam materialistik tue. Sapa suka orang yang kuat menipu. Aku?? Jangan Harap!! Kalau menipu nak manja3 takpe gak hak2.

Owh! Member aku kate blog aku anti-perempuan. Tak tau la aku mana anti-nya sebelum nie tapi entri kali ini memang berbau anti-perempuan haha.

Setiap manusia tidak sempurna. Lelaki ini, lelaki itu, perempuan ini dan perempuan itu berbeza sifat dan perilakunya. Jadi, kenalah saling mengingati antara satu sama lain!!

“Dan bergaullah dengan mereka (istri-istrimu) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” Al Nisa’:19

Salam.