Minggu Keriangan!!

Salam.

Baru sampai dari Temerloh petang tadi, waktu maghrib masa tue. Seronok dan penat berjalan sambil buat kajian. Dalam bas, layan cerita setem. gelak kuat3 ramai3. seronok! Kat hotel layan drama melayu yang kol 10 malam hari sabtu, yang Didi Alias, Awal dengan budak kotex(lupa nama!) tu berlakon. best!

Jam 12.30, baru buka blog nie, internet amatlah lambat tapi sempat lagi tukar layout baru haha. Guna yang klasik je sonang pon sonang! Ringan pon ringan!




Minggu nie penuh dengan keriangan selepas 3 minggu aku korbankan hari sabtu dan ahad aku demi menuntut ilmu (ayat tak bley blah!) Tapi seriusly, memang penat. Ingat nak balik kampung tapi Rabu ada exam amali. Ganbate!!

Kenapa minggu nie aku riang gembira??

Sebab minggu nie study week la. Takde kelas! Takde assignment! Ada exam je tue pon sejam je. rilex2 sudip. Aku nak je menari macam upin dan ipin kat atas tapi aku takde partner haha.
Anyone..hehe

Owh!! Baru tengok rezut bola tadi (EPL lol!!), Liverpool kalah dengan Suderland. Down sekejap! Cam biasa youtube, tengok bola gol. Bertambah aku punya down! Gol bangang gila. Tak caya tengok sendiri dekat Youtube haha..

notakaki : nak melawat blog orang la hehe. Oh! sapa yang nak komen sila isi bahagian alamat website dengan alamat blog korang. baru senang aku nak melawat balik hoho.

Salam.




Reblog this post [with Zemanta]