Lat Kampung Boy VS Upin Dan Ipin

Salam..

Lat Kampung Boy serta Upin dan Ipin merupakan animasi di Malaysia yang popular dan tersendiri. Siapa yang tak tahu pasal dua-dua nie, sile campakkan IC kamu ke Laut China Selatan hehe.

Kalau dulu memang kartun inilah yang aku layan saban hari, Lawak siot cerita nie. Dengan karakter yang pelbagai. Memang best!!

Cerita nie tengah hot sekarang nie sebab animasinya yang sudah setaraf dengan animasi keluaran negara-negara lain. Itu aku sokong!! Tengok je la filem, gempak habis!

Owh!! Bagi aku kedua-dua animasi amat hebat dan menyeronokkan mungkin peredaran teknologi yang pantas je membezakan keduanya. Upin dan Ipin menggunakan teknologi yang hebat iaitu perisian Autodesk Maya bagi menghasilkan imej tiga dimensi (3D) amatlah berlainan dengan Lat Kampung Boy yang hanya berimejkan 2 dimensi (2D).

Tapi yang pasti, kedua-dua animasi menunjukkan sikap satu Malaysia atau keadaan di Malaysia yang multi bangsa dan agama. Selain tu, kedua-dua animasi berlatarkan kampung dan mesti budak kecik sebagai pendokong utama. Kalau dalam Lat Kampung Boy sudah semestinya Mat dan kawan-kawannya.

Okay! gua chow lu. nak study...study...study...study...studoo..

notakaki: kadang-kadang layan yang Malaysia punyer lagi best dari anime jepon!!hoho


Salam.