Adakah Si Dia??

Salam..

Hatiku berbunga riang. Aku berlari perlahan-lahan menuju ke arah tempat yang selalu aku duduk setiap jam 6 petang setiap hari. Hatiku berdebar-debar, aku tersenyum sorang-sorang bagaikan orang gila. Aku bakal melihatnya lagi!!

Pemandangan indah ibarat melihat wajah si dia yang
menenangkan jiwa!
sumber : google

Tiba waktunya, dia tidak muncul! Hanya temannya sahaja. Sepatutnya jalan itulah yang akan mereka berdua lalui jika mahu pulang ke asrama. Aku masih ingat pertemuan kali pertama yang menyebabkan hatiku berlagu riang ibarat seorang lelaki baru menerima seorang permaisuri dalam hidupnya. Aku suka melihat wajah ayunya, aku suka melihat gurau sendanya dengan teman-teman, aku suka melihat lesung pipit di pipinya, aku suka melihat senyumannya.

Hari berganti hari, aku masih setia menanti kehadiran wajahnya, di tempat yang sama, masa yang sama. Tetapi beliau tidak juga muncul, yang ada hanya rakannya seorang diri melalui jalan tersebut. Sakitkah dia? Eksiden kah? Aku betul-betul buntu dan keliru dengan apa yang harus aku lakukan. Semua yang ku lakukan serba tidak menjadi, kelihatan seperti bayangnya ada di mana. Ku toleh ke kiri aku nampak dia, aku cuba toleh ke kanan tetap sama!! Rindukah Aku??

Selepas hampir seminggu lebih dia tidak muncul, Aku berkeputusan untuk berjumpa dengan rakannya kerana aku tidak sanggup lagi hidup dalam ketidakpastiaan. Aku harus!

Ketika kawanya melangkah laju ke arah asrama blok A2 tue, aku segera melintasnya. rakannya seakan-akan terkejut. Aku bertanya mengenai Dia kepada rakannya, rakannya cuma mendengus lemah seakan-akan tidak percaya. Dia berkata sesuatu yang tidak mungkin akan aku lupakan.

'Cik Abang Oi!! Si Dia tue amik kos kejuruteraan sivil,
aku nie amik kos kejuruteraan kimia. Yang ko selalu
nampak kami berdua sebab kebetulan kami sekelas.
Jadi sekarang nie, dia dan aku dah tak sekelas daa. Setahu
aku dia banyak kelas pagi kot.'

Aku berlalu pergi dengan muka selamba badak. Seperti orang yang tidak bersalah walau dalam hati hanya aku yang tahu tahap ke'malu'an aku masa tue. Rasanya ingin ku sembunyikan mukaku ke dalam tanah!

Cinta itu buta dan boleh membutakan. Aku nasihatkan jangan jadi buta kerana cinta nanti diri sendiri yang malu besar haha.

Salam.

Ulasan

myQza berkata…
okeylah.. nanti aku lalulah kat situ untuk tidak menghampakan kau. la la la
AbcdeFtyyhahh; berkata…
salam..

cinta pndg pertama ka? hehe.
Ayu berkata…
cik abang ke cik adik ke,.. mcm citer 'Ali Setan' daa.. sket-sket mcm pilem 'Azura' pun iye jugak.. huhuu..
Tanpa Nama berkata…
sampai dalam tanah la pulak nak smbunyi..adoii
kojah berkata…
tompang lalu...

yg pnting, cinta mmg mengasyikkan...hahahahaha
ayinn berkata…
hahahahah,...
malu2 tp mahu kini baru ku tahuuu,..

cehh,.. awal2 tnye kan bagus,.. xde la malu lmbt2,.. nway... smoga ko dpt tackle dye,. hahah
imHepPie berkata…
cik abg oii...

tu la len kali mesej dlu gtaw..leh aku lalu kt jalan tu...smata2 sbb ko tnggu.;..lalala~
kawie2020 berkata…
cinta itu buta..
cinta itu gila..
cinta itu meroyan
cinta itu sengal...

tapi best wooo...
sharamli berkata…
dah k0rek tanah l0m?
kata nak sembunyikan muka...
ha3
NFA berkata…
aiyook, dh terjatuhh..





hati.
;pp
IkanMasin90(IM90) berkata…
huahua...
perggghhh
gilee maluu
husni berkata…
cepat2..jangan jadi seperti orang menunggu bas..mau naik bas yang berhawa dingin...last2 dapat bas paling kuno...
minTanG_teLip2 berkata…
wAwAwA! . .GEDIP nYe ntrY NeH!. . Jgn tgGu LamOo2 .. nAnti diOd kObAs uwg
CahayaRiang berkata…
Oh. Aku tak pernah tahu pun kau ada kisah begini. Ada kisah rasa-rasa. Huhu.

Apa pengakhiran kisah hati cik abang dengan gadis kejuruteraan sivil selepas 3 tahun? Moga cik abang berjaya.