Terengganu Food Fruit Feista Di Bukit Jalil

Salam..
Aku amat penat bukan sebab kerja lapangan. Haha kerja lapangan aku cancel minggu nie. Yahoo!! best2. Jadi aku amik kesempatan ini untuk ke Pesta makanan dan buah Terengganu yang first time diadakan di Bukit Jalil. ha3. Aku malas sangat nak taip, so korang layan je gambar aku snap masa kat situ..

ini namanya roti jala. Tapi pelik sikit sebab selalunya aku makan ngan kuah kari tapi kali nie kuah nye adalah kuah durian. Apakah?? Oleh sebab munasabah itu, aku makan 2 je. ho3


Ini dia ayam goreng yang sedap dgoreng dan kuah nasi minyak yang lazat. Oleh sebab banyak sangat maknan kat situ, aku amik nasi sikit jah. Ho3


Ini dia buah cempedak bagi sapa2 yang belum mengenalinya. ha3 Aku rasa je dua tiga biji. Sedap dan memang manis pekat berkrim disukai ramai rasanya. Ho3


Ini pulak sata namanya tuan2 dan puan2 sekalian. Harap anda tahu jika sata ini dimakan panas2 rasanya berkali ganda lebih lazat berbanding dimakan sewaktu sejuk. Tapi aku tak dapat makan.wa3. Sebab terlampau ramai orang berkumpul kat gerai en. Sata ni.


Raja buah ni memang banyak! Ada dua buah gerai yang duriannya setinggi gambar ni. Ha3.
Gerai nilah aku first2 serbu selepas aku daftar masuk.Ho3 walaupun banyak, aku hanya mampu makan 2 biji je kot, tu pon main kongsi2. Aku amat kenyang!!



Dengan mamat ni la aku melangkah dari satu gerai ke gerai yang lain. Aku pergi pun sebab dia yang ajak. Last minit daftar. ha3. Nama dia Syahmi. sapa2 kenal leh angkat tangan ngan kaki sekali (cam le aku nampak) ho3. Dia ni satu sekolah, satu matrik dan satu universiti ngan aku. Tapi kat universiti ni dia junior aku. Ha3

Nie dia yang jugak meneman aku ngan Syahmi dari kedai ke kedai. Kesian dua orang nie sebab kena ikut syahmi yang jalan teramat laju. Kami 4 orang budak Terengganu, jadi maslah komunikasi tiada di sini. Ho3 Betul cakap orang kita lebih mudah nak rapat dengan orang satu negeri dengan kita. Baru jumpa hari ini tapi dah macam lama kenai.

Nie gambar orang kelaparan yang tak makan selama seminggu 10 jam 34 minit 45 saat. Jadi no comment yea. Gambar nie dengan tak sengaja diambil dan dengan tak sengaja juga masuk dalam blog ini. So, korang buat2 tak nampak je. ho3Saiful Azwa nama diberi tapi lebih famous dengan nama MOSAWA masa sekolah dulu. ha3 Tetiba terserempak dengan dia dengan ehemhem dia masa kat pesta tue. Maka terjadilah peristiwa mengumpat sahabat2 lama masa sekolah dulu. ho3



Aku yang tersenyum kepuasan selepas habis pesta menunjukkan yang pesta ini amat best. Sebenarnya aku balik terlebih awal sebab aku naik bas jadi terpaksalah ikut driver bas punya time. Tak mahu aku tidur sorang2 dekat Bukit Jalil tue. Ho3

Maka tamatlah riwayat pesta tersebut untuk tahun ini. harap ada lagi tahun depan. Aku nak prepare beg plastik sekali. buleh wat balik banyak2. Kat pesta tue, korang tak diberi beg plastik untuk mengelakkan stok habis dengan cepat. Aku dah malas nak upload gambar, sebenarnya banyak lagi makanan dengan buahan kat situ cam buah rambutan, duku, dan naga. Kuih pun berlambak2.

Masa nak balik tue, mulut masing2 dah bau macam kerbau berendam je tapi buat2 tak tahu sebab mulut sendiri pun sama atau lebih kurang dengan orang lain. Ha3 salam.

Nota: Esok nak pi Pc Fair kat KLCC..aku mesti menggunakan sepenuhnya masa ketika kerja lapangan takde nie..hahaha..

Ulasan

Hoho.. Bikin jeles sungguh.. Dah tepek gambonye di situ, mana ler boleh buat2 x nampak.. Hahaha.. =p

*halamak.. sape sendawa durian ni??? ish3.. =p
Unknown berkata…
laaa x penah mkn roti jala dgn kuah durian?
tu taste org utara
lg sedap!
hehehe~
akhis berkata…
~mkn free ker?
~sata tu ap?
Azuan berkata…
makan free la cik akhis wei..
x payah bayar..
sata tu makanan la..lalala~
x tau nak terang...
nanti pergi ganu try sendiri yea..ho3
nape xnmpk semalam ek..??kiter pegi jgk..haha~ ke terserempak tp xprasan..??hehehe
aslann berkata…
wahhh..pergi xajak pun...
nur.sa berkata…
aloha!besh nya!
[z@ck] berkata…
huih..
sakan naa makan buah..
mosawa bawa awek dia ka..
hahahaha
xoxo
widda_me berkata…
waaaaa......syahmi dok cni ukm ker?????
Yana Ismail berkata…
huhu...bestnyerrr...;)mkn 2 je?napa ?tak minat durian sgt ek?huhu
SasHa Lee berkata…
besnye kamu..ehh roti jala makan ngn kuah durian besh tau..sedap..hehe;)
imHepPie berkata…
huiii sedapnya incik sata itu..
dah lama x mkn..
aiyak sgt rugi x pegi tiu hali woo..

erkkk..itu incik pc fair pon x sempat nak dating...
...sgt rugii..
..waaaaa....

sgt jeles sama ini owner..hadoyai..
myQza berkata…
roti jalan makan dengan kuah durian? kenapa apakah? aku tak pernah makan cenggitu. kuah durian kalau makan dengan pulut mmg besh! roti jala hanya sesuai kuah kari saja ye.
sata.. aku hanya jumpa bile bulan pose sahaja.. ha ha ha h

makan free ke? kenaa tak war2kan di blog sebelum ini? pasti aku akan minta kirimkan ke sini.
sob sob sob..
d0tbl0gsp0td0tk0m berkata…
roti jala nih blh di makan dgn kuah masin @ manis....

ada yg makan dgn kuah kari... ada yg makan dgn kuah derian....

kalau di sebelah pantai timur... kebanyakan makan dengan kuah derian @ serawa derian....
matnormyth89 berkata…
waaaaa...bestnye...byk makanan...free lak tu kn??? huhuhu nk g gak.....azuan...ajk aku nnti...lalalala