Jalan-Jalan Hujung Minggu!!

Salam...

Beberapa hari yang lepas bersamaan 16 ogos 2009, sekumpulan pelajar UKM telah menuju ke arah Sungai Congkak untuk membahagiakan diri masing2. Berikutan dengan kerja lapangan yang dilakukan saban minggu, pelajar tersebut telah membuat satu keputusan drastik untuk bemesra dengan tubuh masing2 iaitu dengan cara mandi sungai.

Inilah tempat kejadian di mana pelajar2 tersebut cuba untuk mandi namun kerana keadaan di situ tidak membahyakan nyawa mereka, mereka telah memilih tempat lain yang lebih dalam dan membahayakan diri.

Gambar ketika mandi tidak dapat diletakkan di sini kerana khuatir akan membahayakan nyawa orang yang mengidap sakit jantung!!


Selain itu, mereka juga memilih untuk membunuh beberapa ekor ayam untuk dijadikan santapan. Muka tidak ditunjukkan bagi mengelakkan sebarang kontroversi!!

Kata seorang saksi berani mati iatu Tuan Punya Blog:
'Saya hanya memandang dari jauh kerana tidak sanggup melihat kejamnya perbuatan mereka membunuh ayam2 tersebut'


Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati dengan Sg. Congkak, jadi mereka meneruskan perjalanan ke arah Bukit Langat untuk menghancurkan tempat itu. Oleh kerana meraka semua takut tempat tinggi, jadi mereka membatalkan rancangan mereka dan menghayati keindahan tempat tersebut!! Jerebu begitu teruk sekali!!

Sekian, saya melaporkan dari bilik saya. hahaaa..
Salam.

nota: letih betul buat entry seskema ini..hu3
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

myQza berkata…
astagfirullah... sape ajar bunuh ayam ni>> bag tau aku!! aku nak belajar juga!! :P
[z@ck] berkata…
best x sungai congkak??
imHepPie berkata…
ada manyak ke congkak..bak la 1 kenang2an muahaha...cam pelik membca entri seskema kamoo hik3...
sentosa77 berkata…
Salam.. thanks follow blog saya, saya follow balik, bestnya makan ayam bakar.. hehe
suezen berkata…
owh..ader gak ke sg congkak last weekend
Tanpa Nama berkata…
huhu bunuh ayam? sg.congkak tu xberantu ke? hehe