Salam...
Semalam aku daftar di UKM. Tahu apa aktiviti pertama aku. nia dia...Aku pergi Times Square layan Transformer. haha. Ntah apa2 aku ni orang lain sibuk nak prepare masuk sem baru. Daftar kursus la, kemas bilik la dan benda2 sewaktu dengannya. Tapi aku takde menyesal sangat sebab Transformer ni best gile. Ingat nak tengok time cuti lupa pula Terengganu tak dok wayang. Jadi aku terpaksa la ke UKM dulu. haha.
Sebenarnya aku risau takut2 tak boleh study kalau tak tengok Transformer maklumlah terbayang2 muka Megan Fox pulak. Aduh!! susah pulak nanti. So, aku dah tengok maka Megan Fox tue pun dah ter'delete' dari kotak ingatan aku ini. Hu3
Kelas aku akan bermula esok hari. Jadual aku dipenuhi dengan amali je. Setiap hujung minggu pula ada kerja lapangan. Nampaknya tiada masa lagi untuk aku berblog ni. huk3.
Elaun Jpa aku pun belum masuk. Nampaknya kebulur la aku untuk seketika. harap2 cepat la kau masuk wahai elaun ku tercinta. Aku tak sanggup menghadapi hari2 mendatang tanpa kau disisi. Chewah!!jiwang giler aku.
Dah cukup aku merapu dan merepek di sini. Salam....
nota: Saja habiskan masa sebelum tido..hik3
Ulasan
ade lagi yg bru tgok
sama la kite
megan fox yg ko engat.....
naffana: takkan nak ingat ko kut..huk3
cik peanut: betul2...aku dah lapaq nie.ho3
**ha lepas ni khusyuk stdy plak k..
__Im new Follower;)
yg dekat kuantan..tapi saya tgu nk donlod je.hehhe.
ai tergila2 kan.. shia lebouf..
wakak.. hensem..
p/s: boring sikit cter transformers ni kan>>
tahniah dik berjaya msuk u..welcome to campus life...=)all the best!