Salam...
Semalam heboh satu kampung dengan negara aku sekali pasal stadium runtuh yang berlaku dekat Gong Badak, Terengganu. Aku sendiri macam tak percaya sebab dulu masa mula2 siap punya la bangga sebab stadium tue antara yang terbesar dan tercanggih dekat Malaysia ni. Tak pasal2 aku pun turut merasa malu atas apa yang berlaku.
ni gambar stadium tersebut.
Mungkin sebab itu perasaan riak tak patut wujud jika kita berjaya membuat sesuatu kerana jika perkara begini berlaku yang tinggal hanya malu. Mungkin sebab itu Islam melarang sama sekali untuk berperasaan riak jika melakukan sesuatu amalan.
Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak".
Syaitan pula terus menghasut manusia yang bodoh ini dengan pelbagai hasutan:
"buat apa kau solat kalau nak tunjuk baik"
"ala..kat depan kau buat la baik"
"ko memang pandai, ko layak dipuji"
"ala..kat depan kau buat la baik"
"ko memang pandai, ko layak dipuji"
Lepas itu manusia yang bodoh tu pun terus layu dengan pujuk rayu si syaitan durjana tersebut. Mula2 tak solat, lepas tue tak puasa. Kemudian amalan Islam terus hilang dalam hidup manuisa bodoh tersebut. Aku harap aku dijauhkan dari perkara macam ini.
Kalau pada tahun 1997, Filem titanic yang masih memegang filem paling laris kat dunia ini juga menggunakan tema riak kat cerita tu. Bayangkan kapal sebesar tu yang dianggap takkan tenggelam akhirnya terbelah dua. Punya la berlagak kapten kapal tu pasal kapal dia besar dan dikatakan tak mungkin tenggelam. Sekali berlanggar dengan iceberg baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Ok. salam
nota: nak tahu lebih pasal riak baca sini...Kembara Islam.
Ok. salam
nota: nak tahu lebih pasal riak baca sini...Kembara Islam.
Ulasan
hoho
sesama la kita fikir-fikirkan...