IKHLAS.....

Salam...
Di dalam sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga yang berpendapatan sederhana, si anak dan si bapak sibuk berbual2. Si anak asyik menceritakan peperiksaan besar iaitu UPSR yang bakal diambilnya pada hujung tahun ini.

Anak: Yah, Hujung tahun ni ada peperiksaan UPSR. Cikgu cakap kalau sesiapa yang dapat 5A boleh dapat hadiah. Kalau adik dapat 5A ayah nak bagi apa?

Ayah: Emmm...apa yang adik nak?

Anak: Laptop satu ayah. Boleh tak?

Ayah: Kamu tu baru darjah enam dah teringin nak beli laptop. Tak boleh. Benda lain.

Anak: Boleh la ayah. Boleh la.

Tiba2 si ibu yang baru keluar dari dapur terdengar perbualan antara anak dan ayah terbabit. Maka menyampuk la beliau.

Ibu: Ala, abang ni boleh la tapi adik mesti dapat 5A dalam ujian UPSR nanti. Abang ni pun bukan mahal sangat laptop tu.

Ayah: Yela2. Tapi adik mesti dapat 5A tahu.

Maka rajin la si anak tadi belajar demi mendapatkan sebiji laptop yang diidamkan sejak berusia 2 tahun lagi. Si anak belajar siang dan malam sehingga ke subuh hari semata-mata demi laptop yang dijanjikan oleh ayahnya itu.

..........
Inilah situasi yang asyik berlaku pada zaman sekarang. Anak-anak belajar kerana inginkan balasan bukannya belajar untuk mendapatkan ilmu. Perbuatan ibu bapa yang suka memberi sesuatu jika anak2 beroleh sesuatu kejayaan haruslah dikurangkan kerana ini menyebabkan anak2 tidak ikhlas.Fikir2 dan renungkan.

Ulasan

mimi mimi berkata…
erk..mmg btol
tp baru dajah 6 da mintak laptop tu mmg melampau laa..huhu

ak dulu adiah UpSR cuma duit rm50 saja..
unknown berkata…
aku x pernah dpt apa2 :(
Tanpa Nama berkata…
tulah pasal..budak2 skg ni mcm2 leh dpt.kalau dulu sy dbgi duit g sekolah seringgit pun kira byk..
[z@ck] berkata…
betol..
tp at least bdak ni dpt gak reward dr usaha dia sendiri..
even not 100% ilmu diabsorb, but still the kid learn something.
imHepPie berkata…
salam..cmni dorg panggil teori behavioris..guna ganjaran tuk dapatkan sesuatu..wahaha..bajet cam terer lak aku jih..juz 4 informtion sume..

**tp btol kan..dak skang mmg dasat..huhu
Qib berkata…
hoho..
lol, ak ingat ada la sambungn cter nye
upenye xda apa.
hem, ak rnungkan,memng betl budak sekrng blajr keranna nak balasan..
errr, geram jgkkkk..