Gua Tempurung....

Salam..
Hari ini aku nak beritahu sedikit mengenai Gua Batu Kapur yang paling besar di Semenanjung Malaysia iaitu Gua Tempurung. Gua ini terletak 25km di selatan Bandar Ipoh iaitu di Lembah Tempurung. Ni gambar gunung yang terdapatnya gua batu kapur ini.

gunung yang meletakkan Gua Tempurung.

Aku pergi ke Gua Tempurung ni pada awal tahun ini. Satu pengalaman yang amat bermakna lagi-lagi dalam pembelajaran aku sebagai seorang geologi. Di sana aku belajar mengenai pembentukan gua, geomoforlogi(bentuk muka bumi) gua dan banyak lagi.

stalaktit dan swallow hole

Dalam gua tu, banyak benda yang mencabar untuk dilalui antaranya tangga yang amat tinggi(perkara biasa bagi gua yang besar2), pastu ada terowong kecil, kena merangkak merentas sungai yang tak dalam dan lain2. Korang tengok je la gambar kat bawah ni.

kena menggelonsor. curam woo

nie pulak terowong kecik yang kena lalu

kena merangkak kat sungai kecik tu. Habis basah bajuku.huk3

Lepas habis satu gua dilalui, sampai la masa makan, beli cenderahati dan lepak2 kat kawasan luar gua itu. Banyak kemudahan disediakan antaranya tandas,surau dan kawasan rehat.

aku tengah berehat lepas penat melalui gua tempurung tu. Kat depan gua tu
ada tasik yang tak berapa nak cantik.haha

Jadi aku nasihatkan korang yang nak pergi masuk gua, lawat lah Gua Tempurung ni, gerenti korang takkan menyesal. Best sangat2.Salam

nota: kalau nak tau lebih2 lagi. Pegi la laman web rasmi Gua Tempurung.hik3

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wa..agak menakutkan la dalam gua tu..
erm..nak pergi la!heheh
izzahfarhana berkata…
tempurung kelapa bnyk dirumahkuuu
Kapten Luffy berkata…
takder ular ker?

takot ular
Tanpa Nama berkata…
wah
ekstrem nyer part lalu dlm terowong kicik tuh!
takot tak lps jek
tersekat kt tgh2!
heehhehe