Show Off Award Jah....

Salam...
Aku bakal memulakan perjlanan sebagai seorang geologi bermula hari isnin ini sehingga ke hari isnin seterusnya. 3 buah negeri pantai timur menjadi destinasi pilihan kali ini iaitu kelantan, terngganu dan pahang. Pelbagai kajian akan dilakukan sepanjang satu minggu itu oleh budak-budak geologi bagi menggapai impian masing-masing. Sekarang ini, aku sibuk merangka barang-barang yang perlu di bawa. Satu beg besar untuk meletakkan pakaian aku dan lain2 keperluan, satu beg kecil untuk pakaian kotor dan satu beg galas untuk di bawa ke tempat kajian bersama barang untuk kajian seperti kompas, kanta dan tukul.

Gambar n ditangkap masa aku pergi kerja lapangan yang pertama.
Kalau tak silap dekat negeri Johor Darul Takzim..

********
Jadi aku nak beritahu yang aku bakal meninggalkan blog aku buat sementara waktu..huk3
blogku berasa hampa dan keciwa lalu beliau bertanya satu soalan cepumas kepadaku.

Blog aku: Tuan..engkau akan mengabaikan aku selama satu minggu lebih. Tidakkah engkau risau follewer mu akan meninggalkan kamu.

Aku: Tidak kerana aku yakin yg followers aku tetap setia menanti entri baru dariku....huk3 Lihat sahaja anugerah yang telah mereka berikan pada aku. Banyak dan cantik sekali. Terima kasih kepada semua followers aku yang telah memberikan award2 ini.



Aku: (sambung) Jadi blogku tak usah engkau risau dan ragu mengenai followers ku.
Blog aku: (mengangguk tanda setuju)

Sudah banyak rupanya award yang aku kumpul sejak sebulan yang lepas. Sudah ramai nampak yang mula bagi award dekat followers masing2. Aku juga terasa nak buat satu apakan daya masa tidak mengizinkan selain aku buta adobe.

*******
Selama kerja lapangan ini, aku harap aku bakal bergembira dan dapat kumpul banyak kenangan manis dan pahit yang dapat aku coretkan kat blog aku selepas aku balik nanti. Nampaknya impian aku untuk menjadi ahli geologi semakin maju ke hadapan. Aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi setelah langkah pertama aku ambil untuk terjun ke bidang ini.
Salam...

nota: kepada yang bagi award, syarat2 tak dapat dipenuhi kerana kekangan waktu.minta halal yea.....



Ulasan

joegrimjow berkata…
best dpt award....