Nak Gemok....

Salam.....
Kalau sebelum ini aku menyertai contest joegrimjow, sekarang aku nak buat entry untuk contest en. khairil..

Aku ada seorang abang ipar yang badan dia amat kurus semacam orang yang ada penyakit. Dia selalu diperli oleh ahli keluarga kami termasuklah aku. Bukan perli, gurau manja2 je. Aku juga ada seorang kakak yang inginkan tubuhnya lebih besar dari keadaan beliau sekarang. Aku sebenarnya tak faham sebab selalunya orang nak kurus tapi dia nak gemuk. Jadi kat sini aku nak beritahu cara-cara untk menggemukkan badan bagi sapa2 yang berminat.

Yang paling penting kamu perlu ada seorang sahabat yang sanggup bersusah payah untuk membantu kamu mengemukkan badan. Masa inilah korang nak tahu sama ada member korang tu member sejati atau tidak.

1) Duit member haruslah digunakan sepenuhnya untuk mengemukan badan anda. Jangan sesekali menggunakan wang anda sendiri. Setiap kali keluar, belilah apa sahaja asalkan menggunakan duit member. Dengan ini kamu akan cepat naik lemak sehingga badan kamu sendiri akan bertambah lemaknya tanpa menggunakan satu sen duit anda.

2) Beli produk menggemukkan badan dan uji menggunakan member kamu sama ada berkesan atau tidak. Jika berkesan, anda bolehlah menggunakan produk terssebut tanpa segan silu dan penuh keyakinan bahawa anda akan gemuk. Jika produk itu gagal, cuba produk lain pula pada member kamu itu.

3) Akhir sekali, jadilah orang paling malas di dunia ini dengan menyerahkan segala tugasan dan kerja harian anda kepada rakan anda termasuklah aktiviti menyapu rumah, membuang sampah atau membeli nasi lemak di pagi hari. Jangan sesekali bergerak selagi belum tiba waktu makan. Kerja anda hanya baring sahaja sambil menonton televisyen.

Jika selepas semuanya selesai dan anda telah menjadi gemuk bolehlah anda memeluk rakan anda seperti gambar kat bawah ini. Rakan anda memang seorang rakan yang sejati dan sanggup membantu anda dalam keadaan susah mahupun senang.


Jadi persoalannya sanggupkah anda menjadi teman kepaada orang yang mengemukkan diri menggunakan cara di atas. Fikir2 dan renung2kan. Salam

p/s: kepada En.Khairil aku perlu menang sebab memang aku nak menang.hahaha dan aku tak nak domain tue pasal aku still baru dalam dunia internet ini.huk3

p/s lagi: Aku lambat tulis entry pasal sekarang musim cuti jadi aku lebih seronok habiskan masa dengan keluarga..hik..p

Ulasan

izzahfarhana berkata…
hehe.tamao gemoxxx
nur.sa berkata…
tips dr my boss lak..makan je pape depan tv 24 jam.kompom gemoks..
joegrimjow berkata…
gune gambo same
hehehe

jangan bagi menang
sebab ku nak menang
lalala~
Tanpa Nama berkata…
hahahha
sy mo kurus.mcm na??
kalau gmuk bgitu matilah
Qib berkata…
hehem,, senang nye nak gemukkan badn,
pas makan tido,
pas tido , makan...

lame2 jadik gemoklaa... :))::))
zai berkata…
ok gak entri ni..pesaing mkin brtmbh..
mmm..klu menang dpt domain,kene tukr gak..rugi xtukr domain,rmai yg trgile2kn nk tukr domain..hehe.
Nazz@Purple berkata…
Dulu kan kite kurus sgt...dpt geng yg same2 nak naik kan berat bdan..best ar..tp la ni dah berisi ...:( rase nak kurus la plak...
unknown berkata…
hoho
mcm ni pun ada gk ke cara nk bg gemuk
Cik Syahira berkata…
salam.
nge.. tak payah susah2 nak gemuk la.
janji sihat tubuh badan ;)