Selsema Babi yang merisaukan...

Salam...
sekarang ini di akhbar, televison, majalah bahkan blog-blog juga heboh mengenai selsema babi yang melanda dunia. Selsema babi ini paling kuat dekat negara Mexico dan semakin merebak ke negara-negara lain seperti Amerika, Israel dan Kanada. Beberapa kes kematian telah dicatatkan di mana di Mexico sahaja sudah 103 orang maut. Jadi sedikit informasi mengenai selsema ini:

Antara tempat yang telah dijangkiti...

1) Tanda-tanda anda telah mendapat penyakit ini ialah demam panas, sakit tekak,batuk dan acap kali menyebut perkataan babi tidak kira secara sengaja, secara sedar atau secara tidak langsung. Bagi yang sudah biasa dengan sebutan 'babi' bagi menyumpah, mengutuk atau menghina orang lain. Hati-hati anda mungkin telah mengjakiti satu virus yang boleh mengakibatkan nyawa anda melayang.

2) Pengawasan telah dilakukan di pintu-pintu masuk negara bagi mengelakkan penyebaran virus ini. Tahukah anda bahawa virus ini disebarkan melalui manusia dan bukannya melalui binatang atau babi itu sendiri. Jadi terselematlah kandang-kandang babi yang bersepah di negara kita. Jika tidak, babi yang tidak bersalah itu akan menjadi mangsa korban kesilapan manusia sendiri.

3) Bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh virus ini, pemakaian topeng adalah amat penting jika ingin keluar mengambil angin, ke tempat kerja atau ke sekolah. Malahan industri pembuatan topeng telah mengaut keuntungan berlipat ganda pada bulan ini. Pemakaian topeng juga telah menjadi satu trend baru bagi orang2 mexico.

Pemakaian topeng adalah alat penting bagi mengelakkan jangkitan
terutama berada di kawasan ramai manusia...


4) Tahukah anda virus ini berpunca daripada kombinasi virus babi,burung dan manusia. Namun mengapa ianya dinamakan virus babi bukannya virus burung atau manusia. Ini kerana virus burung atau 'bird flu' telah femes baru-baru ini dan tidak dinamakan virus manusia kerana risau mencemarkan nama manusia itu sendiri. Selain itu, nama virus babi adalah lebih komersial berbanding virus manusia.

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa selsema babi amat berbahaya dan merisaukan banyak pihak tidak kira orang muda atau tua. Setelah kes selsema burung menyepi, kini selsema babi menyerang. Agak2 lepas nie selsema ape lak yang menyerang....fikir-fikirkan..
Salam..

Warning: Sesetengah teks di sini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.

Ulasan

paan berkata…
sape yg bahaya ?? manusia @ babi ??
semoga ia xsampai kat malaysia...stop jer kat amerika tue.
Qib berkata…
euww,

klu kna selesama babi, agak3 kena samak X??
Hazerin berkata…
yg bahya nye, manusia mkn babi.
maka selamatlah semua orang islam.
Umi Nazrah berkata…
dgr khabar virus selsema ni dh mula merebak ke asia ~_~
Seriy Amran berkata…
selsema babi.

kenapa bukan selsema khinzir??

ade beza kew??
Azuan berkata…
sama je kot..
babi=khinzir...
hik3