Filem J Revolusi [2017]

poster filem J Revolusi
Teaser Poster Filem J Revolisi

Selepas kejayaan filem Polis Evo yang berjaya menarik penonton kembali ke filem tema kepolisan, J Revolusi juga mengangkat tema yang sama. Harap kejayaan sama dapat dilakukan filem ini. Filem J Revolusi merupakan filem sulung arahan Zulkarnain Azhar.

Update : Confirm tarikh tayangan filem J Revolusi pada 2 Mac 2017.

Filem J Revolusi bakal ditayangkan pada tahun hadapan [baca: 2017]. Pelakon utama terdiri daripada Zul Ariffin, Izara Aishah dan Nur Fazura manakala Farid Kamil memegang watak penjahat utama. Boleh tahan pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini.

Profil Filem J Revolusi

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Primeworks Studio, Grand Brilliance dan Infinitus Production
Penerbit Eksekutif : Tengku lesta dan Gayatri Su-lin Pillai
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Lakon Layar : Alfie Palermo
Skrip : Alfie Palermo
Penyunting : Nazim Shah
Pengarah Fotografi : Haris Hue Abdullah [Polis Evo]
Make Up Artist : Ella Sandera
Pelakon : Zul Ariffin [Tembiruo], Nur Fazura, Farid Kamil, Izara Aishah [Cinta Masam Manis], Peter Davis, Hans Isaac, Omar Abdullah, Saiful Merica, Jenathan, Davro, Azad Jazmin dan Iedil Putra [Interchange].
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2017

Sinopsis Filem J Revolusi

J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain [Zul Ariffin] yang merupakan seorang pegawai UTK [Unit Tindak Khas]. Jay dan pasukan operasinya sangat terlatih dan amat digeruni pengganas negara.

Apabila kakak Jay, Dian [Nur Fazura] yang merupakan seorang ejen dalam penyamaran, diculik oleh pengganas misteri yang memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya. Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan kakaknya dan membongkar rahsia lelaki yang tekad menghancurkan hidup Jay.

Interview Pelakon J Revolusi 2017

- Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain dan Farid Kamil sebagai Andra. Juga pengarah filem Zulkarnain Azhar.


Gambar Para Pelakon Filem J Revolusi

nur fazura farid kamil
Nur Fazura dan Farid Kamil dalam Filem J Revolusi
iedil putra jiman
Iedil Putra dalam Filem J Revolusi
zul ariffin zulkarnain azhar
Zul Ariffin dan Zulkarnain Azhar [Pengarah] Filem J Revolusi
zul ariffin
Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain
zul ariffin izara aishah
Para pelakon dan krew filem J Revolusi 2017

sumber gambar : facebook J Revolusi dan Cinema Online

Teaser Trailer filem J Revolusi

 - Jadi bualan ramai scene Zul Arifin dan Izara Aishah dalam gereja.


Rasakan gegaran filem tergempak 2017! Saksikan Teaser Trailer J Revolusi yang bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula Mac 2017! Lakonan mantap Zul Ariffin, Fazura, Izara Aishah, Farid Kamil, Iedil Putra, Azad Jazmin dan ramai lagi! Sebuah filem penuh aksi arahan Zulkarnain Azhar.

Di Sebalik Tabir Filem J Revolusi 




Dalam Filem J Revolusi, setiap aspek dititikberatkan untuk menghasilkan sebuah filem yang bermutu. Oleh itu, para pelakon dikehendaki untuk mempelajari cara penggunaan senjata dengan betul untuk menampakkan lagi keberkesanan lakonan mereka.

Poster Terbaru Filem J Revolusi

poster zul ariffin nur fazura farid kamil
Poster rasmi Filem J Revolusi

Trailer Filem J Revolusi 2017
 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cerita hambar.mcm tiru polis story 2004.sape tengok mest kecewa