Poster dan Trailer drama Hero TV2

drama hero tv2
Poster drama bersiri Hero
Drama Hero yang bakal ditayangkan esok [5 september 2016] diarahkan oleh seorang pengarah terkenal iaitu Bade Haji Azmi dan diterbitkan oleh NS Star Sdn Bhd. Drama bersiri akan menemui anda setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran RTM TV2.

Drama Hero ini membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Fezrul Khan, Rusdi Ramli, Afzan Rahman, Mimi Ernida, Anne Ngasri, Tengku Fiela, Hasnul Rahmat, Taib Zamanhuri, Kodi Rasheed, Azizan Mahzan, Kuniey Muzani, Rahim Jailani, Kamal dan Mak Wan Latah.

drama hero rtm tv2
Poster banner drama Hero TV2

Drama Hero mengangkat kisah kehidupan dan kerjaya ahli bomba dan penyelamat yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam menjalankan tugas. Khalid dan Zaki merupakan dua sahabat baik yang berkhidmat sebagai ahli bomba. Dalam satu kes kebakaran di tingkat 20 sebuah apartment, Zaki telah meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan khalid. Khalid mula menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku. 

Drama bersiri 13 episod ini menjalani pengembaraan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, sekitar Kuala Lumpur, Selama (Perak) dan di Terengganu. Drama Hero bakal menjadi penyampai mesej kepada masyarakat umum tentang skop kerja dan cabaran seorang ahli bomba.

Jangan lupa tonton drama ini esok ye!

[Trailer drama bersiri Hero di TV2]

Ulasan

Sha Mohamed berkata…
Ala.. x berkesempatan nak tengok..
Azuan berkata…
Boleh tengok online kat kbergetar.com