Salam. Filem Wawa Semput merupakan kesinambungan kisah cinta Wawa dan Bobby daripada filem pecah panggung Adnan Sempit. Dterbitkan oleh MIG dan di bawah arahan Ismail Bob Hashim ( Adnan Sempit 2 dan Ngangkung ), filem di bawah genre romantik komedi ni akan ditayangkan pada 31 Janmuari 2013.
Trailer Wawa Semput 2013:
Sinopsis Filem Wawa Semput : sumber sini
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir
begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi
dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian
terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.
Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap
Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang
ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak
dilayan langsung oleh Wawa.
ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan
menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap
cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali.
Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby
terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput
dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya.
PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan
mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit.
Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan
mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta
pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas
kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap
setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan
Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni
dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?
Filem : Wawa Semput
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Bahasa : Melayu
Genre : Romantik Komedi
Pelakon : Yana Shamsuddin, Along Cham, Angah Raja Lawak.
Di Sebalik Tabir Filem Wawa Semput :
Ulasan