salam. sudah seminggu berada di cyberjaya, ke hulu ke hilir aku pusing cyberjaya tu. sebenarnya dari hari first aku cari masjid, sebab selalunya waktu rehat tengahari akan ke masjid untuk solat, rehat, tidur dan sebagainya. bila tany orang ramai, katanya area balai bomba. tapi bila ke sana, takde tanda-tanda masjid ada di kawasan tersebut. jadi dua hari first kat cyberjaya, aku solat di petronas sahaja.
masuk hari ketiga, aku jumpa sebuah surau di mmu. itu pun main masuk je! kehkeh.
semalam hari jumaat merupakan hari untuk muslimin mengerjakan solat jumaat, disebabkan masalah berlaku di site aku, aku lewat dan aku tak tahu kat mana orang mengerjakan solat jumaat di sini. tapi aku redah ke mmu sebab di surau tu ada kelengkapan untuk solat jumaat. maksud aku disini adalah adanya mimbar. sampai sana, perasan memang ramai orang yang mengerjakan solat jumaat di sini. memang penuh sampai tahap aku duduk atas motor masa khutbah!
khutbah dibaca tapi aku macam susah nak faham sikit sebab disampaikan dalam bahasa inggeris ( ramai student luar kat sini ) dan aku berada jauh di luar, memang sound trouble la. kebanyakkan jemaah yang datang lambat bawak sejadah masing-masing sebab terpaksa hamparkan sejadah di kawasan lapang macam atas rumput, atas jalan, atas kawasan pejalan kaki dan sebagainya untuk solat. aku pulak terpaksa tumpang sejadah orang disebabkan ianya pertama kali aku kesana, aku tak tahu tentang situasi tersebut. minggu depan mesti mahu pergi awal! atau pergi sahaja ke masjid di puchong atau bawak sejadah sendiri.
tapi bila tengok gambar mereka-mereka di luar sana yang solat jumaat. memang buat aku rasa bersyukur!
sumber gambar : http://photoblog.msnbc.msn.com/_news/2011/09/16/7795148-french-ban-on-praying-in-the-streets-goes-into-effect-today
keadaan di negara kita masih jauh lebih baik. syukur banyak-banyak!
assalamualaikum.
Ulasan