Biar Mimpi Sampai Ke Bintang!!

salam. sudah dua hari cuba masuk ke blog ni tapi tak berjaya, hari ni berhasil pulak masuk sini. kebelakangan ni sangat penat, tak tahu apa yang penat, tapi aku rasa sangat penat! balik je kerja, tak sempat apa-apa lagi, letak je kusyen kat kepala, terus masuk ke alam lain. 'kusyen' ok! mana main bantal-bantal dah zaman millenium ni. hehe. 

gambar bukan original : cilok kat sini
edit-edit tu original k.

orang kata ; kalau nak bermimpi, biar sampai ke bintang! Kalau tak dapat capai bintang, capai langit pun dah cukup puas. Ironi gila kan ayat ni? Manusia mana pernah nak puas. ada je sikap kemerialistikan dalam nafsu diri sendiri. nafsu nak nampak bergaya ; nafsu nak pakaian bergaya ; nafsu nak kereta bergaya ; nafsu nak keluarga bergaya ; nafsu nak menang bergaya ; nafsu nak kalah bergaya. Dah lah kalah tapi still ada nafsu nak kalah bergaya. 

aku pun sama. aku punya nafsu. aku punya harapan. aku punya impian.

aku pun sama. aku sanggup buat apa saja untuk penuhi nafsu aku. harapan aku. impian aku.

nafsu aku. harapan aku. impian aku. berbeza!

tapi apa yang membezakan kita?

cara kita capai harapan dan impian kita. cara kita tepis nafsu kita. tindakan kita yang menentukan apa yang mencorak diri kita. dari kecik sehingga dewasa, bagaimana kita melawan nafsu, bagaimana kita merangkak, berjalan dan berlari untuk gapai impian dan harapan kita.

kenapa tindakan kita yang diambil kira? kerana Allah telah menetapkan bahawa niat jahat atau nafsu jahat kita tidak akan dicatit kejahatannya selagi kita belum bertindak ke arah tersebut.

semoga dijadikan renungan dan peringatan. untuk diri dan mereka yang membaca. kalau salah tolong tegurkan kerna saya budak baru belajar!
assalamualaikum.


Ulasan

Selalunya orang yang pesen letak kepala terus nyenyak ni maknanya usia dah makin meningkat. :p

Semoga kita semua akan capai mimpi kita. :)
virda berkata…
kan.. blajar lg seronok, penat mental nga fizikal