Workaholic !!

salam. lama betul tak menulis kat sini, tak bukak mana-mana blog dan banyak lagi berkaitan dengan internet ni. kalau zaman belajar dulu memang tak berenggan la, bagai isi dengan kulit kata orang. sekarang ni, dalam sehari tu memang susah sikit nak bukak internet untuk kerja-kerja ni, selalunya buka untuk kerja-kerja download aje! haha. sampai si bakal doktor ni pun bertanya, baru tergerak sikit nak menulis kat sini. haha.

i am not!

workaholic!



memang aku rasa perkataan tu tak sesuai ditujukan kepada aku, cuma dua minggu kebelakangan ni, aku memang banyak bekerja sikit, sebab terpaksa gantikan kawan sepejabat yang bercuti panjang! jadi sampai dalam tujuh hari seminggu tu, tujuh-tujuh hari aku kerja! ni dah masuk minggu kedua. 

minggu lepas hari ahad bersamaan 27 november merupakan hari jadi aku yang ke-21, tapi hari tersebut aku kerja. memang tak menyambut manalah, selalu aku sambut dengan family sebab dalam family aku ada 3 orang yang lahir bulan november. esoknya pulak cuti awal muharam, aku kerja jugak! semua kerja tu merupakan kerja aku gantikan tempat orang. bukan kerja aku sendirilah kiranya. tapi banyak jugak benda aku belajar walaupun aku ganti orang aje. hehe.

tapi aku cuti pada hari khamis, itu pun sebab MC a.k.a mediacal leave yang berjaya diambil aku di klinik mediviron klang ni dengan sebab aku demam. takdelah teruk mana, tapi agak lama dah aku demam sebenarnya tapi tak teruk! doktor tu mintak aku buat ujian darah kalau demam tak sihat untuk beberapa hari lagi. harap takde papelah.


Esok, hari ahad pun aku kerja!

patut ke aku dapat title workaholic ni?

Assalamualaikum.


to saudari farhana : thanx for the wish, baru je baca tadi. hahaa.

Ulasan