Harimau Mengaum!! Di Stadium Bung Karno Indonesia


Tahniah Malaysia!

Hari bersejarah buat negara Malaysia apabila pingat emas sekali lagi menjadi milik kita untuk dua kali berturut-turut di temasya sukan SEA. 

Asrarudin menjadi wira apabila menjaringkan gol penyamaan sebelum berakhirnya sepatuh masa pertama.

Khairul Fahmi Che Mat pula menyelamatkan gawang gol dari sepakan penalti terakhir yang membolehkan Malaysia memenangi pingat emas!


Suasana kedai mamak semalam memang paling terbaik setakat aku tengok bola Malaysia di Final.

Semua orang dikatakan 'mengaum' sepenuh hati, dan setiap kali sepakan penalti diambil oleh pihak Indonesia, Jeritan nama 'apek' memang bergema habis!

Semalam merupakan satu games yang sangat-sangat best, kedua pasukan menyerang dan bertahan dengan baik. 2 Gol yang dibatalkan disebabkan offside memang betul-betul buat jantung rasa nak meletop!
hahahaa.

tahniah Malaysia dan cuba lagi untuk pasukan Indonesia!!

Assalamualaikum.




Ulasan