Perempuan Atau Lelaki Yang Masak Lagi Sedap ??

Salam.


Yeha! Buat entri lagi. Mentang-mentang musim cuti deepavali tengah mengganas dan exam disambung lagi 9 hari. Kerja aku menghadap laptop je untuk hari first cuti ni, lepas ni tak la kot. Tesis banyak lagi tak siap! Macam buat tesis tak ngadap laptop ~ ekeke.


Berjalan jumpa entri ini : Fakta mengenai lelaki yang aku rasakan tak kena dengan aku, maklum aku bukan jenis yang suka memasak atau pun rajin nak ke dapur. Jadi memang aku tak tahu apa akan jadi bila aku masuk dapur memasak. Kalau setakat buat air itu banyak kali, dan aku pernah kerja sebagai pembancuh air tak bertauliah di kedai adik aku sendiri. Bukan air biasa tahu, tapi air batu campur ( ABC ) . haha. * Ayat macam buat air yang susah aje. 


sumber : google


Kalau nak kata perempuan pandai masak? Aku pergi kedai makanan kebanyakkan tukang masak kat belakang tu, lelaki aje. Payah nak jumpa yang perempuan jadi tukang masak, jadi cashier ramai le. hoho. Berdasarkan pemerhatian tu, ternyata lelaki memang lagi pandai masak ~ tetiba aje buat kesimpulan terus. hehe.


Walau sepandai mana seorang lelaki memasak, aku yakin yang bila dia tiba di rumah, mesti isteri atau mak atau kakak atau adik perempuan dia yang masak. Sudah lumrah alam. Memasak tu kekuatan semulajadi seorang perempuan. Tak payah nasi goreng ayam masak kunyit, cukup dengan nasi kosong, ikan sardin dan telur masin pun mampu memlembutkan ego seorang lelaki.


Jadi kepada wanita dan perempuan yang tak tahu masak, jangan risau, malam masih muda. Belajarlah sedikit demi sedikit, yang lelaki pun belajarlah membantu di dapur. Jangan nak tahu nak meng'order' aje. hehe. Salam.



Ulasan

Kancilbiru berkata…
lelaki memang masak sedap tapi kecahnya dapur....ya rabbi! ekeke
Tak!!! Pompuan masak lagi sedap.. Buktinya? Tuan punye blog pn tak penah turun dapur.. Ape cer.. :p
Nur Suaidah Bachok berkata…
ngeh ngeh!! ada lelaki yg memang hebat wooo masak! :D
Unknown berkata…
salam azuan~

hehehe.. btl2.. mcm ayh sy pun kalo sesekali tunjuk skill dia memasak.. pergh memang terangkat... :)
apa pun masakan ibu tu totap best in the world!! :)

ps : ambik award n jwb tagged eik.. :)
buat ar yg mna satu pun ok aje.. ^.^
therosputih berkata…
laki masak rasa kaw2, tp pmpuan masak, rasa lembut je...dah nama ayah, dah nama ibu...
tak caye?

nasi kosong, ikan sardin, telur masin? alangkah bagus kalau semudah itu ego lelaki lembut...=)

i pegi belaja masak sekarang!!!
Blog Eazy Izzuddin berkata…
aku bole lah masak2 skit...
xD
adek gurl kat ukm lg pndi masak..
sapphire blossom berkata…
same je. yg penting skill :) kekee
sapa masak paling sedap?

sama ja..depends on bakat

tapi

masakan yang paling sedap ialah

makan free!
Watierman berkata…
Salam Anakanda...selamat maju jaya moga sukses dalam exam nanti....oh ya...pendapat Bonda....tengok air tangan orang jugak...ada yang rajin tapi tak berapa sedap....ada yang tak rajin ke dapur tapi sekali masak sedap jer!....Tak kiralah lelaki atau permpuan...only yg diberi anugerah dari Allah punya kelebihan menghasilkan air tangan untuk juadah yang sedap!...setuju tak?
Azuan berkata…
betul2...setuju sangat...huhuu
Arizakiah berkata…
tukang masak kat hotel dan restoren besar2 tu lelaki sebab peralatan memasak kat situ, BESAR,BERAT....orang perempuan memang tak terangkat......
Tp yang pasti orang perempuan lebih ada skil memasak.....
Panglima Arep berkata…
LELAKI..!!!
hahaha...
~nEeYsA~ berkata…
haha..mmg x dinfikn..laki msk mmg sedp kot...lgi2 my dad msk..yummy2..hehe..tpi mskn mak still no.1..hikhik
{ finieViolet} berkata…
salam..
blogwalking..

sejuk ati ni bila tgk lelaki pandai masak..
org lelaki ni sebenarnya deria rasa kuat.. sbb tu bila diorang masak jadi power rasa masakannya.dah tak payah letak megi cukup rasa..
Sebab tu kat kedai makan, kat hotel tu ramai orang lelaki yang duduk dapur. :)
cik fiza berkata…
ikut pemerhatian di tempat bertugas (sebab tugas melibatkan dapur) mmg lelaki lebih pandai masak dan ternyata lebih sedap... kuih muih pn mereka lebih pandai mengadun hehehehe~~
Kak Amy berkata…
salam...

same je yang paling penting skill tue..
man yusoef berkata…
kalau ada keinginan nak masak dan belajar, rasa semua orang bole pandai masak.....kot...
pudding pie berkata…
dua-dua sama jek.. hahaha
kalau oang kat masakan emak terbaik di dunia, masakan ayah pulak terbest du dunia =)
Qib berkata…
lelakiiiiii... mak ak masak sedap gakk..e errmm