Drama Jepun : Tokyo Dogs Review : Mediafire Link





Salam.

Tokyo Dogs dengan tagline 'The Worst and The Best Partner'.
sumber gambar : sini


Drama Tokyo Dogs ini telah ditayangkan pada tahun lepas, 2009 dan aku baru je nak layan cerita nie haha. Memang ketinggalan la. Itu pun sebab aku baca banyak review yang kata drama nie best ditonton.

Sinopsis Tokyo Dogs :
Takakura Sho ( Oguri Shun ) melihat ayahnya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Ini menyebabkan dia berusaha untuk mencari pembunuh ayahnya yang bernama Jinno dan menjadi seorang polis bertaraf elit di New York. Namun disebabkan satu kegagalan, dia terpaksa bertugas sebagai seorang anggota polis di jepun dan digandingkan dengan seorang lagi anggota polis iaitu Kudo Maruo ( Mizushima Hiro ). Dengan perbezaan latar belakang yang ketara, mereka memang selalu bertekak perkara yang remeh temeh. Dalam masa yang sama, diorang terpaksa melindungi seorang saksi dan petunjuk terakhir bagi memberkas Jinno iaitu Matsunaga Yuki ( Yoshitaka Yuriko ) .

dari kiri : mizushima hiro, oguri shun dan yoshitaka yoshiro

Sedikit info pasal drama nie :
* Title : Tokyo DOGS
* Tagline (English): The Worst and Best Partners
* Genre: Police
* Episodes: 10
* Viewership rating: 15.7 (Kanto)
* Broadcast network: Fuji TV
* Broadcast period: 2009-Oct-19 to 2009-Dec-21
* Air time: Monday 21:00
* Theme song: Futatsu no Kuchibiru by EXILE

Mahu download, sila klik link nie : Tokyo Dogs Mediafire Link 

Bagi aku pulak, drama nie memang best sebab ada scene lawak, ada yang serius, ada yang debar debar, ada yang romantik, ada yang bodoh bodoh alang. Boleh kata macam macam ada....haha. Selamat menonton la yea. Salam.

Ulasan

Unknown berkata…
saya lg ketinggalan ..ngeee
mmg la best.. ade mizushima.. hee.. :p

P/S: esok kalau ko rajin, jadual tak penuh, takde date dan lain2 yg seangkatan dgnnya, jom laa join buka puasa kat times square..
hans berkata…
best ker?
skrg dah kurang minat film japan

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!
mukasurat17 berkata…
aku dah tgk cite ni!!! hahaha lawak gilos shun oguri... muke je npk serius tp caring dgn mak.... haha