Ubah Suai Blog!!

Salam.

Petang nie jam 5 merupakan kelas terakhir aku untuk Semester ini, jadi exam final akan muncul selepas berakhirnya study week minggu depan.

Pagi tadi aku menghabiskan sedikit masa (kurang dari sejam) untuk mengubahsuai blog aku nie haha. Masuk banyak blog untuk buat ini semua, akhirnya bolehlah. Puas hatilah jugak haha.


Aku dah ada tab menu!!

Betul ke tab menu? Di bahagian atas, bawah header blog ini. Aku buat tiga je dulu iaitu home, bloglist dengan download movie. Memang pening sikit buat yang ini. Mula-mula aku guna 'pages' je dari blogger tetapi hasilnya tidak memuaskan hati aku. Jadi aku cari di google mengenai cara nak buat tab menu nie, dan akhirnya berjaya jugak buat dan hasilnya kira lagi baik dari aku guna 'pages'.


Kotak Ajaib Dekat SideBar!!

Korang boleh tengok sendiri di bahagian sidebar dimana ada satu kotak yang kat dalamnya ada popular post dengan shoutbox. Aku tak tahu apa nama menda nie!! Aku rasa boleh tambah lagi kot widget dalam tue, tapi setakat nie belum ada idea, mungkin aku akan letak komen terkini di situ.

Sebenarnya banyak masalah dalam nak ubah nie terutama yang melibatkan HTML ( semua kot!!) tapi mungkin sebab aku dah terbiasa jadi agak mudah la. Kalau html blog nie aku bolehlah tapi kalau yang lain-lain aku rasa tak sanggup haha. Pening duk cari nak letak kat mana. Kadang-kadang tak sama pun macam tutorial, jadi kena pandai cari sendiri mana nak letak kod-kod tue.

Yang penting sabar!! Kalau first time buat tue, amik masa berjam jugak la nak buat. Tapi kalau dah biasa, macam tanak nasi je kot haha. Poyo giler pernyataan tersebut!!

p/s : tajuk tesis dah keluar, aku mahu buat kat mana yea...Sarawak? Johor? Perlis? Langkawi?

Salam.

Ulasan

zhrhtoodem berkata…
wah3...
dah canggih blog
hehehehehe

buat kat langkawi!!!
nanti aku bleh pesan coklat kat kau
hahahahahaha
tadi da kena jawab survey dari student FST :)
Buat kat ipoh perak.. Heehee.. Jemputan khas dariku untukmu.. Hak hak.. ;p

P/S: Sidebar itu.. Hmmmmm.. Mengorat??? Amboi3.. Isk3..