Sebab Pembinaan Piramid...

Salam.
Tadi member aku tengah melayan FB seorang perempuan yang belajar di luar negara. Kat Mesir, amik kos medik. Ada satu gambar dia di depan sebuah piramid yang boleh nampak blok-blok dan susunannya..

aku : wow!! lawa..
memberku : yup! memang lawa pun..tengok blok-blok tue tersusun...bla3..
aku : ok2..maksud aku perempuan tue. bukannya blok tue hihi..
memberku : hmmm..


gambar : sini

Jadi piramid macam mana la terbina kan.. memang aku tertanya-tanya. Apa lagi search kat internet ( sumber maklumat no. 1 aku hihi). Rupanya belum ada teori yang meyakinkan bagaimana piramid di bina. Maklumlah zaman dulu teknologi tak secanggih sekarang..


Salah satu teori yang dibuat ialah alien yang tolong manusia buat piramid...aku bayangkan alien cam dalam cerita avatar tue tolong manusia. Datang bumi, buat piramid, pastu blah bodo camtu je..atau mungkin Firaun ada buat pertukaran maklumat ke dengan alien tue huhuu.

Teori paling menarik dikemukan oleh Prof. Davidovits. Beliau berpendapat bahawa asas binaan piramid terdiri daripada tanah, air dan kapur. Tanah yang diambil dari sungai Nil itu dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain kemudian dipanaskan pada suhu yang tinggi sehingga membentuk batu-bata yang kuat dan kukuh.

Apa yang menariknya sebab ada satu ayat Al-Quran yang menyebut benda yang lebih kurang sama tentang pembinaan piramid :
Firaun bertitah : "Wahai Haman, Nyalakan api untuk membakar tanah, kemudian binalah untukku binaan yang tinggi agar aku dapat naik melihat tuhan Musa A.S. Sesungguhnya aku berpandangan bahawa dia salah seorang pembohong" (Surah al-Qasas:38)
.........

aku : wei, kau tau tak sebab pertama kali piramid di bina..
memberku : sebab Firaun yang suruh...
aku : ye la, sebab apa Firaun suruh...
memberku : sebab dia....(aku dah lupa apa dia cakap!!)
aku : tak, sebab dia nak panjat piramid tue untuk jumpa TUHAN...lawak le Firaun nie haha...

p/s : setiap satu kejadian ada penjelasan di sebaliknya....
Salam.

Ulasan

myQza berkata…
he he he he.. kau tgk yg lain ek?

TQ info piramid :)
I'm Seri berkata…
Terima kasih info ini.

Menarik kisah di sebalik pembinaan monumen terkenal itu.
sharamli berkata…
apasal xletak gamb0 yg ad dak p0mpuan tu..hik3
hasni berkata…
aku xheran sngt piramid ni
pasal apa
org dulu2 kan besar
xmacam kt
jadi xmustahilla dorang mampu buat piramid ni
MR.Z berkata…
erm maybe sbb org2 dulu2 besar kan.. so snang la nak wat..
x taw lak kut2 dah ada alatan rahsia ke..haha
tunbegia berkata…
sungguh seronok kalau dapat tengok piramid,

salamm,
saya_arief berkata…
owg dulu ade gune alat doraemon kot.
Aku ade bace psal piramid ni gak.. Ade kaitan dgn freemason dan illuminati.. Hmmmm.. Thanx ek untuk info ko.. Hehe.. ;p

Amboi, mata tengok awek cun jek.. ISk3..
pudding pie berkata…
teringin nak pi mesir tp kos sgt mahal.. huhu