Kisah Aku Dan Ayahku....

Joegrimjow ada membuat satu contest mengenai memory sendiri. jadi aku cuba buat yang terbaik untuk dapat yang terbaik.hak3

Salam...
Hari itu yang tidak diketahui waktu dan tarikhnya, yang pasti azan zohor baru sahaja berkumandang. Jadi aku segera ke surau untuk menunaikan solat, aku tahu aku amat jarang sekali turun ke surau untuk solat berjemaah. Aku lihat ramai budak-budak dari sekolah berdekatan ke kolej aku untuk satu program yang aku sendiri tidak ketahui. Aku agak terlewat kerana iman telah berada pada rakaat kedua ketika aku baru sahaja selesai mengambil wudhu'. Di saf pertama, aku lihat dua orang budak kecil yang masih kurang ilmu agamanya bermula dengan rakaat pertama tanpa mengikut iman. Mereka cuba mengejar iman dengan mempercepatkan solat.

......

10 tahun dahulu, aku masih ingat ketika aku darjah satu. Aku, abangku dan ayahku telah ke satu majlis berbuka puasa yang diadakan di surau kampung kami, Kampung Merbau Pulas. Aku masih ingat ketika itu, aku seperti kanak-kanak sekolah itu kerana mengejar iman setelah aku ketinggalan satu rakaat. Sewaktu iman di tahyat awal, aku masih berdiri untuk menghabiskan bacaan surah al-Fatihah. Ayahku yang juga masuk lewat ke surau cuba untuk memberitahuku supaya mengikut iman dengan menekan bahuku tetapi aku melawan dengan kudrat yang aku ada. Abang aku yang juga masuk bersama aku mengikut iman mungkin beliau tahu
mengenai perkara ini. Setelah solat, ayah dan abangku menegur aku kerana mengejar iman solat. Abangku yang berperangai agak 'syial' telah memberitahu seluruh ahli keluargaku. Teruk aku diperli selama beberapa hari kerana perkara tersebut. Ayahku banyak mengajar aku mengenai ilmu agama. Mengaji pon aku belajar daripada ayahku.

Secara betulnya, aku amat sedikit mengingati peristiwa yang berlaku antara aku dan ayahku kerana aku telah kehilangan ayahku ketika aku di darjah lima. Aku masih kecil ketika itu dan aku tak mengerti pon ketika orang ramai datang ke rumah untuk melawat hari pengebumian ayahku ketika itu. Apa yang pasti pada hari pengebumian tersebut, kakak memanggil aku untuk mencium dahi ayahku yang kelihatan amat pucat. Tetapi aku tidak banyak bertanya kerana asyik bermain dengan rakan-rakanku.

Ada satu lagi peristiwa yang berlaku yang aku sendiri dengar dari seorang tokey kedai makan yang selalu dilawati oleh arwah ayahku. Satu hari, aku bersama kedua orang tuaku ke pekan untuk membeli belah. Tiba-tiba aku menangis dan menjerit, aku meluru ke arah jalan yang sesak dengan kenderaan dengan gaya aku ingin membunuh diri. Ayahku cuba menahan aku hingga berpeluh sehingga sampai satu ketika ayahku memecat bajunya kerana peluh yang banyak. Puas ditanya, tapi aku tetap menjerit dan ingin membunuh diri. Setelah lama memujuk akhirnya, aku memberitahu bahawa aku inginkan sebilah pedang mainan yang amat femes ketika itu kerana ala-ala satu watak dalam televisyen.

Ulasan

joegrimjow berkata…
okes
dapat
ku update
mecey2
Mohd Nasri berkata…
msti pedang samurai ni..hehe
salam ziarah
sardonyxsyaira berkata…
sedey gak citer tue... tp lawak tyme citer akhir tu... hehehe
do da best kuiz rinie...
meriahkan lg bas yea...
devoted lily♥ berkata…
hahaha..
nk pedang sambil buat gaye bunuh diri..
msti ko comel kan mase tuh..
klaka gile..
ta ku sngke azuan ko mcm 2..
hahaha..
abangfaizul berkata…
assalamualaikum... at least kamu ade gak kenangan begitu dengan arwah ayah. kenangan saya ngan ayah terlalu sikit... arwah pergi pada tahun 1990, buat selama-lamanya. pada waktu itu, saya baru saja berusia 4 tahun lebih.

apapun, al-Fatihah untuk arwah ayah kita...
kojah berkata…
alfatihah...

btw, tompang lalu =)
Qib berkata…
Hehe,. xpe22 ku paham ko tecik lagik mase tuh,.

smayng beriman pon x tau,
nak23 lagi pedang samurai plastik,.

hehe
Rashila In Da house berkata…
Al-fatihah buat ayah kamu..
Salam Kunjung mengunjung...
joegrimjow berkata…
da bace abess daa
huhuuu
kisah benar

glak pon adew