Hotel Mania : Siri Terbaru Di TV3

Salam.

Mungkin ramai dah tahu pasal rancangan TV3 terbaru iaitu Hotel Mania. Aku sebenarnya baru tahu selepas kakak aku beritahu pasal cerita nie. Dia suruh aku tengok!! Jadi aku pun try la tengok di website TV3. Boleh tahan jugak cerita nie, mungkin sebab lagu yang dipilih kebanyakkan yang sedap didengar. Semua lagu KRU kot kalau tak salah aku!!

Hotel mania merupakan drama bercorak muzikal yang baru ditayangkan di TV3. Aku layan di website TV3 je. Aku sendiri jarang tengok drama melayu. Yang paling aku tengok pun drama 'Nur Kasih' dengan drama 'Dunia Baru'. Hotel mania baru saje tamat tayangan episod satu, jadi masih tak tahu aku akan layan sampai habis atau tak hihi.

Photobucket

Akhirnya berjaya masukkan slide nie dalam blog setelah beberapa kali mencuba dengan pelbagai cara dan ikhtiar...lalala~

Sinopsis :
Mengenai seorang lelaki bernama adiwira datang dari Sarawak untuk mencari ayahnya di Semenanjung. Ini kali pertama dia datang, dan dia kerja di sebuah hotel selepas berlaku beberapa eksiden yang tak diduga. Dia berkenalan dengan seroang pekerja hotel bernama girang dan jadi housemate.

Layan sedikit snapshop dari cerita tersebut :


  1. Anding memegang watak sebagai Adiwira. Seorang diri datang dari serawak ke Kuala Lumpur buat pertama kali untuk cari abahnya yang tinggalkan keluarga diorang.
  2. Dafi pegang watak Girang. Dia tolong si Adiwira dengan ajak si Adiwira tinggal kat rumah sewa dia. Jadi kawan baik dengan si Adiwira.
  3. Marsha jadi pekerja 'front desk' hotel. Seorang yang bengis dan tak suka senyum.
  4. Adeline Anthony berkerja di bahagian 'spa' hotel. Mungkin dia nie la heroin citer nie.
  5. Bob jadi chef dalam cerita nie.
  6. Si Anding dengan Marsha yang selalu gaduh aje dalam cerita nie.
  7. Mereka bertiga adalah housemate yang bekerja di satu hotel yang sama.
Lagi dua tue korang tengok le sendiri huhuu ( sebenarnya dah tak tahu nak tulis apa ). kebanyakkan dalam cerita nie kelahiran bintang realiti TV tak kira AF, My Starz dan Gengstaz. Campur Tolak Bahagi, jadi la cerita hotel mania. Pelakon kebanyakkan masih baru, jadi lakonan tue kurang la sikit, tapi jalan cerita nie best!!

p/s : jangan lupa lak tengok huhuu..
salam.

Ulasan

Unknown berkata…
not bad la cite ni
hero pun kachak2
hakkhak
Unknown berkata…
mak aku baru jer cerita pasal ni tadi...

ada ADAM ok!
LuVidA^^ berkata…
dafiiiiii!!!~~
zhrhtoodem berkata…
belum ada masa nak tengok lagi.
akan ditengok
huuhuh

teringat adam&bob datang kolej..
myQza berkata…
x berapa minat! tgk sekejap. x masuk pulek..
Aku tak penah nengok lagi.. Sebab masih terkenangkan tari tirana yg dah abes tu.. Waaaa..
pudding pie berkata…
suke anding! die makin mantap berlakon..hahaha
sharamli berkata…
da terteng0k tadi...tak best...
aNoZ berkata…
x tengok lagi dan tak akan tengok kot. hahha
Nazz@Purple berkata…
dah tgk semalam..tp cam xminat sgt kot..banyak nyanyi..xminat musical drama nyanyi nie..cam industan lak..
Legasi Piston Pecah berkata…
owh drama bersiri muzikal nih ek..aku suka bila kompilasi lagu ciptaan KRU dan artis dibawahnya dulu dimainkan semula

dalam drama ini cuma ia lebih kepada versi baru dan suara pelakon dalam drama ini sendiri..syabas lah pada pengarahnya Nizam Zakaria...
akhis berkata…
~suka adiwira ^_^
Tanpa Nama berkata…
benci gile citer ni~
lebey baek aku layan ghost whisper kat tv 8
chokio_nia berkata…
eh..br tgk sket ko da ckp bes??
tunbegia berkata…
sungguh layan,

salamm,
Tanpa Nama berkata…
tak ada masa nak layan tv skang neh
website tv3 pun aku x bukak
Aus MeLankoLik berkata…
aku x penah tgk pun..
hahaha..
xtaw la..

tapi bile la agak2 tv3 nk pggl aku berlakon..
kkekeke..
MR.Z berkata…
cerita ni dah macam high school musical la pulak..hehe, kalau tgk la..
klaka gak la cita ni.. :)
2R berkata…
ala blm bekesempatan nengok cite ni lg..