Trailer dan Karektor Poster filem Guardians ; Superhero Dari Rusia

Tarikh tayangan di Malaysia pada 23 Februari 2017. Terbaik!

Kalau Malaysia ada Cicakman, Hollywood ada Avengers, Justice League, Fanstastic Four, GOTG, Suicide Squad dan bermacam lagi. Sekarang giliran Rusia pula menerbitkan filem superhero mereka dan ianya menjadi viral di facebook kerana kehebatan aksi dan CGI yang dipamerkan. Kira boleh lawan Hollywood punya movie. Boleh tengok trailer filem Guardians ini kat bawah;


Aku sukakan trailer ni sebab mengekalkan bahasa asal filem tersebut. Tak berapa gemar dengan versi dubbed, tak kira untuk apa cerita sekalipun. Daripada trailer, kita tahu yang filem Guardians bakal ditayangkan pada 23 Februari 2017 di Rusia, untuk tayangan seluruh dunia belum tentu ada atau tidak? Filem ini mengisahkan empat orang superhero, so ianya mungkin Fantastic Four versi Rusia.

Empat superhero utama dalam filem Guardians adalah Ler aka Landman, Ursus aka Wildman, Khan aka Windman dan Xenia aka Waterwoman. Karektor poster untuk mereka boleh tengok kat bawah;

poster ler landman
Karektor poster untuk water Ler aka Landman

poster xenia waterwoman
Karektor poster untuk watak Xenia aka Waterwoman

poster ursus wildman
Karektor Poster untuk watak Ursus aka Wildman

poster khan windman
Karektor poster untuk watak Khan aka Windman

Ler dilakonkan oleh Sebastien Sisak yang mempunyai kuasa manipulasi bumi iaitu mampu kawal batu dan tanah sehingga tahap mampu menggerakkan gunung. Macam watak Crocodile dalam One Piece atau boboiboy tanah/gempa dalam siri Boboiboy.

Xenia dilakonkan oleh Alina Lanina yang mempunyai kuasa manipulasi air iaitu boleh berjalan atas air dan kebolehan merubah diri kepada mana-mana state of water sehingga mampu menjadi halimunan dengan bantuan kostum khas. 

Ursus dilakonkan oleh Anton Pampushniy yang mempunyai kuasa merubah dirinya kepada seekor beruang besar dan bertenaga luar biasa. Namun dia dapat merubah mengikut saiz yang dikehendaki mengikut kehendak diri. Watak Ursus ini dilihat menggunakan machine gun sebagai weapon tambahan sewaktu bertarung.

Khan dilakonkan oleh Sanzhar Madiev yang mempunyai kuasa kelajuan luar biasa dan kekuatan tenaga melebihi manusia normal. Abiliti ini dilengkapi dengan senjata pedang atau scythe menjadi pergerakan yang umpama teleport. Aksi Khan boleh dilihat di salah satu trailer terbaru filem Guardians 2017 ini.


Ulasan