salam. esok 22 disember merupakan tarikh yang bakal meningkatkan andrenalina pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada oktober lepas. Lebih dari 400,000 pelajar telah menjalani ujian ni dan esok merupakan penentu sama ada berjaya, cemerlang, gagal dan sebagainya. pelajar boleh memeriksa keputusan bukan sahaja dengan mengambilnya di sekolah masing-masing, malah boleh dibuat dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas :
Taip PMR <jarak> ANGKA GILIRAN dan hantarkan ke 15888
kredit : http://www.anakulucheka.com
keputusan juga boleh dibuat secara online, caranya :
1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
kredit : http://www.anakulucheka.com
Apabila menerima keputusan peperiksaan ini esok, perasaan mesti berlainan antara satu sama lain, tapi diingatkan jangan diikutkan perasaan tu, kalau berjaya, syukurlah jangan terlampau excited sampai ego dan berlagak depan kawan-kawan lain yang kurang berjaya. Dan kalau result kurang memberansangkan, janganlah kecewa sampai sasau atau sampai terjun bangunan, Baru PMR, rilex r. hidup masih panjang untuk disiakan kerana satu keputusan yang belum tentu berguna untuk kamu pada masa kelak. berapa ramai yang dah berjaya walau result semasa di sekolahnya sangat teruk.
Alam kerja sebenarnya tak lihat mana result kamu semasa belajar walhal result di universiti sekalipun hanya dipandang sepi, mungkin ada sedikit ditanya sewaktu interview, selebihnya performances kerja kamu yang jadi ukuran. Kerja kamu bagus, gaji cepat sahaja naik! tak kisahlah kamu punya result hanya mendapat 8B atau lebih teruk mungkin.
Result UPSR, PMR, SPM dan sebagainya hanya sebagai batu loncatan di platform mana kamu terletak, segalanya berakhir dengan keputusan kamu. jalan dan haluan mana yang dipilih. Tengok sahaja, berapa banyak berita pelajar yang cemerlang semasa belajar, lingkup apabila masuk universiti atau alam pekerjaan. Baru-baru ni pun heboh seorang pelajar cemerlang tajaan petronas berkahwin sesama jenis di luar negara sehingga memaksa ibu bapa membayar hutang dengan petronas beribu ringgit! Result gempak tapi otak letak kat lutut.
Walaubagaimanapun result yang hebat, gempak dan cemerlang merupakan memori terindah dalam kamus hidup korang. Serius aku cakap, sampai sekarang aku ingat lagi sewaktu mendapat 5A dalam keputusan UPSR dan 11A dalam SPM. memang ingat sampai sekarang! memang terlekat dalam kepala hotak aku ni.
Macam aku cakap, hidup masih panjang untuk dihabiskan untuk menangisi atau menggembirakan diri dengan result pmr. bersyukur dengan keputusan kamu dan selamat ber'honey'moon di tingkatan 4 tahun depan. Tingkatan 4 atau form 4 memang tahun terbaik dalam sejarah persekolahan aku, dan harap kamu jugak sama. hehe. salam.
Ulasan